PENDAFTARAN PEMILIH

A. PENDAFTARAN PEMILIH
 
Latar Belakang
 
1. Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk    menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

2. Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap    hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.

 
Kenapa Anda Perlu Mendaftar ?
 
1. Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan    Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi    sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
 
Siapa Boleh Mendaftar ?
 
1. Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

      (a) seorang warganegara Malaysia;
      (b) telah mencapai umur 21 tahun;
      (c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
      (d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

 
Jenis-Jenis Pendaftaran
 
1. SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:

      (a) Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.

      (b) Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran             alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.

 
Jenis-Jenis Pemilih?
 
1. Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan 2 jenis pemilih iaitu:

      (a) Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.

      (b) Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan              pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap              bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.

 
Di Mana Tempat Untuk Mendaftar?
 
Untuk Pemilih Biasa (TOP A)

1. Sekiranya anda adalah warganegara yang telah layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih atau seorang pemilih yang ingin mendaftarkan pertukaran alamat pusat mengundi, anda boleh melakukannya di:

      (a) pejabat-pejabat SPR; (link:to maklumat IP SPR dan PPN.)
            (LINK A1)

      (b) pejabat-pejabat pos berkomputer;
            (LINK A2)

      (c) wakil-wakil jabatan; (link:to maklumat wakil jabatan termasuk PDRM) (LINK A3)
      (d) wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);
            (link to maklumat parti politik) (LINK A4)

      (e) Pasukan Outreach SPR (link to: jadual Outreach)
            (LINK A5)

Bagi warganegara yang tidak layak mendaftar sebagai PTH, tetapi berada di luar Negara, anda masih boleh mendaftar sebagai pemilih biasa melalui pejabat-pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.

 
Untuk Pemilih Tidak Hadir
 
1. Sekiranya anda adalah tergolong dalam golongan yang layak mendaftar sebagai PTH, ada boleh mendaftar di tempat-tempat seperti yang berikut:

       (a) Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP)bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
              (link: to contact person JRP) (LINK A6)

       (b) Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar Negara bagi pegawai awam luar negara dan pelajar serta pasangan.
              (LINK A7)

 
 
 
 
 
 
............................................................................................................................................................................................................

© Hakcipta Terpelihara 2009 | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia