| APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH
? |
| |
Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan
oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak
mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih
Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru.
Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar
Pemilih yang sudah disahkan.
|
|
| KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ? |
|
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan
raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.
|
|
|
| |
| SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?
|
| |
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.
|
| |
| BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ? |
| |
- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda
menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran
anda
|