| |
| 1 |
Q: |
Siapakah yang layak untuk mendaftar
sebagai pemilih? |
| |
A: |
Warganegara
Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, bermastautin di dalam
sesuatu bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakannya
di sisi undang-undang. |
| 2 |
Q: |
Mengapa anda perlu mendaftar? |
| |
A: |
Anda perlu mendaftar sebagai pemilih untuk menjamin
hak anda mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan
tanggungjawab sebagai warganegara. Pendaftaran sebagai pemilih
adalah hak warganegara di bawah Perkara 119 Perlembagaan
Persekutuan. |
| 3 |
Q: |
Apakah kaedah pendaftaran dan bagaimanakah cara
untuk mendaftar ? |
| |
A: |
i) Pendaftaran statik seperti di kaunter Ibu Pejabat
SPR, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos
Berkomputer. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK
9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya
oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
ii) Pendaftaran Bergerak seperti Out-Reach Team SPR, Penolong
Pendaftar (Parti Politik) atau Penolong Pendaftar di Pejabat-Pejabat
Kerajaan yang dilantik oleh SPR. Pemohon perlu mengisi Borang
A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan,
resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan
butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara. |
| 4 |
Q: |
Di manakah pusat-pusat pendaftaran? |
| |
A: |
i) Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
ii) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
iii) Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
iv) Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
v) Tempat-tempat awam seperti pasar malam,
taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team
SPR
vi) Kaunter SPR yang dibuka dari masa ke semasa di pusat-pusat
membeli belah atau pasaraya |
| 5 |
Q: |
Bilakah tempoh urusan pendaftaran pemilih dijalankan? |
| |
A: |
| Bil |
Tempat |
Masa |
| 1 |
Ibu
Pejabat SPR Putrajaya |
WAKTU PEJABAT
|
| 2 |
Pejabat
Pilihan Raya Negeri |
| 3 |
Pejabat
Pos Berkomputer Terpilih |
4 |
Pejabat
Daerah/Majlis Daerah |
| 5 |
Program
Out-Reach SPR |
|
| 6 |
Penolong
Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR. |
|
| 6 |
Q: |
Adakah boleh nama pemilih yang panjang dimuatkan
sebagaimana yang dikehendaki ? |
| |
A: |
Nama pemilih adalah mengikut sepertimana
yang terdapat dalam Kad Pengenalan tertakluk kepada maksimum
60 aksara (huruf). |
| 7 |
Q: |
Bolehkah mendaftar di pejabat pos dengan menggunakan
resit JPN KPPK 9 atau resit JPN KPPK11? |
| |
A: |
BOLEH, dengan
syarat resit JPN KPPK 11 perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran
Negara. Manakala resit JPN KPPK9 tidak perlu disahkan oleh
Jabatan Pendaftaran Negara. |
| 8 |
Q: |
Adakah boleh pasangan anggota tentera memilih untuk
mendaftar sebagai pemilih awam / biasa? |
| |
A: |
BOLEH. Pasangan
kepada anggota tentera diberi pilihan untuk memilih sebagai
pengundi biasa mengikut (Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Pendaftaran Pemilih) 2002. |
| 9 |
Q: |
Adakah boleh pasangan anggota polis mendaftar sebagai
pemilih pos (Pengundi Tidak hadir)? |
| |
A: |
Pasangan
anggota polis biasa tidak layak mendaftar sebagai pemilih
pos. Hanya pasangan kepada anggota Polis Gerak Am sahaja
yang layak untuk memilih sebagai pemilih pos. |
| 10 |
Q: |
Adakah pendaftaran menggunakan kad pengenalan 8
digit masih boleh digunakan? |
| |
A: |
BOLEH.
Peraturan-peraturan yang digunapakai sekarang membenarkan
penggunaan Kad Pengenalan lapan (8) digit untuk mendaftar
sebagai pemilih. |
| 11 |
Q: |
Bolehkah
pendaftaran pemilih menggunakan sijil lahir? |
| |
A: |
Tidak
Boleh. |
| 12 |
Q: |
Bolehkah seseorang itu mendaftar
bagi pihak orang lain (warisnya)? |
| |
A: |
Tidak
Boleh. Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Pendaftaran Pemilih) 2002, seseorang warganegara yang layak
perlu hadir sendiri untuk mendaftar sebagai pemilih. |
| 13 |
Q: |
Kenapa SPR tidak melaksanakan
sistem pendaftaran pemilih secara automatik? |
| |
A: |
Sistem pendaftaran
pemilih yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
adalah berdasarkan kepada alamat bermastautin yang tertera
di dalam kad pengenalan dan disemak secara ‘on-line’
dengan sistem ALIS yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran
Negara(JPN). Kaedah pendaftaran ini membolehkan pemilih
mengundi di kawasan mengikut alamat dalam kad pengenalan
masing-masing. Dengan yang demikian, pada hari mengundi,
pemilih sendiri tahu di mana tempat dia mengundi.
Jika sistem pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan,
ini akan menimbulkan kesulitan kepada pemilih berdaftar
yang tidak menukar atau mengemaskini alamatnya dalam Kad
Pengenalan jika dia telah berpindah ke tempat lain. Pangkalan
data di JPN akan menunjukkan pemilih itu menetap di sesuatu
alamat sedangkan dia sebenarnya sudah berpindah tetapi tidak
membuat pertukaran alamat di JPN. Nama pemilih didaftarkan
berasaskan alamat di JPN. Keadaan ini menyukarkan pemilih
pada hari pengundian sekiranya pusat mengundinya terletak
jauh daripada tempat kediamannya yang sebenar.. |
| 14 |
Q: |
Kenapakah SPR tidak melaksanakan
sistem pendaftaran pemilih secara on-line melalui Laman
Web SPR ? |
| |
A: |
SPR tidak
melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara on-line kerana
melalui Sistem Pendaftaran Sepanjang Tahun(SPPST) yang dilaksanakan
mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran pemilih)
2002 menetapkan bahawa seseorang warganegara yang layak
ingin mendaftar sebagai pemilih perlu hadir sendiri di kaunter
pendaftaran SPR yang ditetapkan di seluruh negara. Jika
pendaftaran diterima secara ‘on-line’, penipuan
dan penyamaran pasti berlaku di mana ada orang yang akan
memasukkan pendaftaran bagi pihak orang lain. |
| |
|
|
| 15 |
Q: |
Berapa lamakah tempoh pengesahan
pendaftaran Pemilih Baru dan pertukaran alamat pusat mengundi? |
| |
A: |
Urusan pendaftaran
pemilih baru bermula apabila seseorang warganegara yang
layak di bawah Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan membuat
permohonan kepada SPR dengan mengisi Borang A. Selepas Borang
A melalui proses pendataan, SPR akan menyediakan Rang Daftar
Pemilih Tambahan (RDPT) mengikut empat (4) suku tahun dengan
suku tahun pertama bemula daripada Januari- Mac, Suku Kedua
(April-Jun), Suku Ketiga (Julai-September) dan Suku Keempat
(Oktober-Disember). RDPT itu seterusnya akan dipamerkan
untuk tujuan tuntutan dan bantahan. Apabila urusan tuntutan
dan bantahan selesai, Pendaftar di setiap negeri membuat
pemerakuan DPT kepada Ketua Pendaftar di Ibu Pejabat SPR
yang kemudiannya akan mengemukakannya kepada SPR untuk disahkan
dan diwartakan. Proses keseluruhan pengesahan Daftar Pemilih
ini akan mengambil masa selama empat (4) bulan mulai bulan
pertama setiap suku tahun. |
| |
|
|
PENDAFTARAN : PERTUKARAN ALAMAT DAN MAKLUMAT
....DALAM DAFTAR PEMILIH
|
| 1 |
Q: |
Bagaimana menukar alamat di dalam daftar pemilih
SPR daripada alamat asal kepada alamat baru seperti di dalam
Kad Pengenalan? |
| |
A: |
Mereka boleh
berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar
(Sementara) yang dilantik oleh SPR kecuali Penolong Pendaftar
dari Parti Politik. |
| 2 |
Q: |
Dimanakah saya boleh membuat semakan status pendaftaran? |
| |
A: |
i) Di Ibu Pejabat Pilihan Raya
SPR, Malaysia
ii) Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
iii) Laman web SPR - www.spr.gov.my
iv) Unit Out-Reach SPR |
| 3 |
Q: |
Apakah prosedur yang harus
diikuti sekiranya pemilih ingin membuat pindaan maklumat
seperti agama dan bangsa? |
| |
A: |
Pindaan
butiran maklumat seperti agama dan bangsa boleh dibuat di
Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara dengan
mengemukakan Kad Pengenalan dan bukti-bukti dokumen lain
yang berkaitan. |
| 4 |
Q: |
Berapa lamakah tempoh yang
diperlukan oleh SPR untuk membuat pembetulan maklumat seperti
agama, bangsa dan Kad Pengenalan?
|
| |
A: |
i) Pembetulan
apa-apa butiran maklumat yang kecil seperti agama dan bangsa
diambil tindakan sebaik sahaja permohonan dibuat di Pejabat
Pilihan Raya Negeri yang seterusnya akan dihantar ke Ibu
Pejabat SPR untuk kelulusan.
ii) Pembetulan
nama dan maklumat lain mengikut yang tertera di dalam
Kad Pengenalan dibuat oleh Ketua Pendaftar dalam tempoh
dua (2) minggu.
iii) iii) Untuk mempastikan
butiran maklumat pemilih tepat dan
terkini, dinasihatkan supaya pemilih menyemak nama mereka
dan jika ada keperluan, pemilih boleh membuat permohonan
untuk pembetulan mengikut maklumat di dalam Kad Pengenalan.
|
| 5 |
Q: |
Terdapat pasangan suami/isteri
yang mengundi di tempat yang berlainan, mengapa hal ini
berlaku?
|
| |
A: |
Terdapat suami/isteri yang mendaftar
menggunakan alamat yang berbeza. Selain itu, jika mereka mendaftar
di alamat yang sama kemugkinan ini berpunca dari kesilapan
semasa urusan kemasukan data oleh kakitangan SPR disebabkan
kerana terdapat tempat-tempat yang mempunyai/menggunakan nama-nama
yang serupa di negara ini. |
| 6 |
Q: |
Mengapa wujudnya nombor kad pengenalan yang sepatutnya
lelaki tetapi digunakan oleh perempuan? |
| |
A: |
Ini berlaku mungkin berpunca dari
kesilapan semasa urusan pendataan di peringkat JPN atau mungkin
sewaktu kemasukan data semasa urusan pendaftaran pemilih oleh
kakitangan SPR. |
| 7 |
Q: |
Kenapa wujud perbezaan nombor Kad Pengenalan dalam
daftar pemilih dengan Kad Pengenalan asal? |
| |
A: |
Perbezaan
butiran nombor Kad Pengenalan kemungkinan wujud berpunca
kesilapan pendataan mengikut sistem pendaftaran lama. Di
bawah sistem pendaftaran semasa yang diamalkan sekarang,
tidak wujud kesilapan tersebut kerana SPR menghubungi secara
‘on-line’ dengan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
semasa urusan pendataan. |
| 8 |
Q: |
Adakah boleh kita menukar
nama seseorang yang memeluk agama Islam kepada nama Islamnya
sedangkan dalam
pangkalan data masih nama asal? |
| |
A: |
Tidak
Boleh. Seseorang yang memeluk agama Islam perlu
menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum
nama Islam boleh dimasukkan dalam Daftar Pemilih. |
| 9 |
Q: |
Mengapa nama pemilih masih kekal di tempat mengundi
asal walaupun beliau telah membuat permohonan untuk pertukaran
di alamat yang baru ? |
| |
A: |
Alamat permohonan
untuk pertukaran alamat itu tidak sama dengan alamatnya
seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh
berlaku bagi permohonan yang dibuat sebelum 16 Julai 2002.
Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar
pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan.
Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi
dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat
di dalam Kad Pengenalan di JPN. Selepas itu dia bolehlah
memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar
pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di
Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer
di seluruh negara. |
| 10 |
Q: |
Apakah prosedur bagi pemilih
berdaftar membuat pertukaran alamat pusat mengundi dan di
manakah urusan tersebut boleh dibuat? |
| |
A: |
Pemilih berdaftar yang telah
berpindah alamat tempat bermastautin boleh menukar alamat
pusat mengundi dengan cara membuat pertukaran alamat terlebih
dahulu dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara
(JPN). Selepas itu bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan
oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat
permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi
Borang A.
Urusan pertukaran alamat pusat
mengundi hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter SPR di
Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
dan kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.
|
| 11 |
Q: |
Kenapakah SPR tidak melaksanakan
sistem pertukaran alamat pusat mengundi secara on-line? |
| |
A: |
Setiap urusan
permohonan pertukaran alamat pusat mengundi hendaklah dibuat
oleh pemohon itu sendiri dengan mengisi Borang A seperti
yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Borang A itu hendaklah
diserahkan di kaunter pendaftaran SPR yang ditetapkan ataupun
kepada mana-mana Penolong Pendaftar yang dilantik oleh SPR.
Jika permohonan pertukaran alamat diterima secara ‘on-line’,
pasti akan berlaku penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. |
| 12 |
Q: |
Kenapakah SPR tidak boleh menukarkan
alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar secara
automatik apabila seseorang itu telah menukar alamat bermastautin
dalam kad pengenalan? |
| |
A: |
i) Mengikut Perkara 119(4)
Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar
tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat
mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal
tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya
dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di
tempat baru.
ii) Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan
bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang
pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran
dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan
12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)
2002.
|
| |
|
|
| |
| 1 |
Q: |
Mengapa pemilih yang telah
meninggal dunia tetapi namanya masih ada dalam daftar pemilih? |
| |
A: |
Kerana SPR
tidak menerima laporan atau pengesahan kematian pemilih
berkenaan dari Jabatan Pendaftaran Negara, atau mungkin
kerana nama pemilih yang telah meninggal dunia itu masih
dalam proses untuk pemotongan dari daftar pemilih. |
| 2 |
Q: |
Bolehkah SPR membuat pemotongan
nama mereka yang telah meninggal dunia mengikut rekod JPN? |
| |
A: |
BOLEH, iaitu
selepas SPR berpuashati dengan bukti- bukti yang dikemukakan. |
| 3 |
Q: |
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pemilih meninggal
dunia ataupun hilang kelayakan sebagai pemilih? |
| |
A: |
Waris pemilih
yang meninggal dunia hendaklah membuat laporan di Pejabat-pejabat
Pilihan Raya Negeri dengan menyertakan bersama Sijil Kematian
dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. |
| |
|
|
| |
| 1 |
Q: |
Apakah yang dimaksudkan dengan pengundi hantu? |
| |
A: |
Istilah sebenar “pengundi hantu” bermaksud,
pengundi yang datang untuk membuang undi di tempat mengundi
dengan menggunakan Kad Pengenalan palsu atas nama pengundi
lain yang berdaftar dalam daftar pemilih SPR. Penipuan dan
penyamaran seperti ini adalah satu kesalahan di bawah Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh dihukum penjara tidak
kurang 2 tahun atau didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya
sekali. |
| 2 |
Q: |
Adakah wujud pengundi hantu dalam daftar pemilih
SPR? |
| |
A: |
Urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar
pemilih dibuat secara telus selaras dengan Perkara 119 Perlembagaan
Persekutuan dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Sebenarnya, istilah Pengundi Hantu telah sengaja dipolitikkan
oleh pihak-pihak tertentu dengan memberikan tafsiran yang
tidak tepat untuk tujuan mengelirukan rakyat dan pengundi.
Apa yang berlaku ialah pengundi berdaftar yang telahpun
berpindah daripada tempat pendaftaran asal dan bermastautin
di kawasan baru dan dia pulang mengundi di tempat asal pada
hari mengundi. Pemilih berdaftar berkenaan yang balik untuk
mengundi di tempat pendaftaran asal merupakan pemilih sah
dan layak dari segi undang-undang. |
| 3 |
Q: |
Apakah usaha-usaha SPR bagi memastikan Daftar Pemilih
SPR bersih daripada pengundi hantu? |
| |
A: |
SPR telah dan sentiasa menjalankan pelbagai usaha
secara berterusan bagi memastikan Daftar Pemilih Induk bersih
dan kemas kini, terutamanya daripada senarai mereka yang
telah meninggal dunia yang seringkali dipolitikkan oleh
pihak-pihak tertentu sebagai Pengundi Hantu. SPR telah menghantar
pasukan penyemak ke balai-balai polis di seluruh negara
bagi mendapatkan salinan permit mengubur bagi mengesahkan
seseorang itu telah meninggal dunia. SPR juga menerusi Program
Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan di seluruh negara sentiasa
mengeluarkan pengumuman supaya waris pemilih yang telah
meninggal dunia mengemukakan salinan sijil kematian waris
mereka kepada SPR bagi tujuan pembersihan DPI. Bagi negeri
Sarawak, SPR telah menghantar pasukan penyemaknya ke rumah-rumah
panjang untuk mengenalpasti mana-mana anggota masyarakat
rumah panjang yang telah meninggal dunia tetapi tidak dilaporkan
kepada Jabatan Pendaftaran Negara. |
| 4 |
Q: |
Adakah pemilih berdaftar yang balik pada hari mengundi
untuk mengundi di tempat mengundi di mana dia mendaftar dianggap
sebagai Pengundi Hantu? |
| |
A: |
Pengundi berdaftar yang balik untuk mengundi di
tempat mengundi di mana namanya berdaftar dalam Daftar Pemilih
SPR adalah bukan pengundi hantu. Seseorang pengundi dijamin
haknya di bawah Perlembagaan untuk mengundi jika namanya
terdapat dalam Daftar Pemilih di tempat mengundi berkenaan. |
| |
|
|
| |
| 1 |
Q: |
Apakah yang melayakkan seseorang untuk keluar mengundi? |
| |
A: |
Warganegara Malaysia yang layak
yang telah berdaftar sebagai pemilih dan namanya terdapat
dalam Daftar Pemilih yang digunakan dalam pilihan raya. |
| 2 |
Q: |
Berapakah jumlah wang deposit
pilihan raya yang perlu dibayar untuk bertanding bagi Parlimen
dan DUN? |
| |
A: |
Jumlah deposit
adalah seperti berikut:
• RM 10,000 untuk deposit calon Parlimen
• RM 5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen
• RM 5,000 untuk deposit calon DUN
• RM 3,000 untuk deposit bahan kempen DUN
|
| 3 |
Q: |
Bagi seseorang calon yang
ingin bertanding untuk kawasan DUN dan Parlimen, perlukah
dia membayar kedua-dua deposit calon untuk DUN dan Parlimen? |
| |
A: |
Ya, calon yang ingin bertanding
bagi DUN dan Parlimen perlu membayar deposit calon bagi DUN
sebanyak RM 5,000 dan deposit calon bagi Parlimen sebanyak
RM 10,000. |
| 4 |
Q: |
Di mana calon patut membayar deposit dan berapa
jumlah bayaran? |
| |
A: |
Kedua-dua
deposit pilihan raya dan deposit bahan kempen boleh dibayar
di Pusat Penamaan Calon atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri
atau Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Bahagian
Pilihan Raya berkenaan. Jumlah deposit berkenaan adalah
seperti berikut :
i) Deposit Pilihan Raya :-
Parlimen : RM 10,000
DUN : RM 5,000
ii) Deposit Bahan Kempen :- Parlimen : RM 5,000
DUN : RM 3,000
|
| 5 |
Q: |
Di manakah pusat penamaan calon dan pukul berapa
penamaan calon dibuka? |
| |
A: |
Pusat penamaan calon biasanya
ditetapkan di Pejabat-pejabat Daerah, Majlis Perbandaran,
Majlis Daerah, Dewan Orang Ramai, bangunan-bangunan sekolah
atau tempat-tempat tertentu yang difikirkan sesuai oleh
SPR.
Penyerahan Kertas Penamaan
Calon dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Manakala,
dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah tempoh kertas-kertas
tersebut dipamer untuk disemak dan dibuat apa-apa bantahan
jika ada. Pegawai Pengurus Pilihan Raya akan memutuskan
setiap bantahan yang diterima dan keputusannya adalah
muktamad.
|
| 6 |
Q: |
Bagaimanakah cara untuk seseorang pemilih berdaftar
Membuat semakan untuk mengetahui tempat mengundi yang betul
untuknya? |
| |
A: |
Pemilih
yang berdaftar dengan SPR boleh membuat semakan dalam Laman
Web SPR di alamat www.spr.gov.my, atau menghubungi Ibu Pejabat
SPR di Putrajaya (03-8885 6500) atau Pejabat-Pejabat Pilihan
Raya Negeri atau melalui SMS yang dibuka semasa musim pilihan
raya. |
| 7 |
Q: |
Mengapakah sesetengah pusat mengundi mempunyai beberapa
saluran? |
| |
A: |
Pusat Mengundi (sama ada bangunan sekolah, dewan,
balai raya , khemah atau sebagainya) mempunyai beberapa
saluran Tempat Mengundi untuk menampung jumlah pengundi
berdaftar yang ramai di kawasan tersebut. Setiap satu saluran
Tempat Mengundi, SPR menetapkan tidak lebih daripada 700
nama pengundi. Dengan cara ini, masalah kesesakan di sesuatu
saluran dapat dikawal dan para pengundi tidak perlu menunggu
lama untuk membuang undi. |
| 8 |
Q: |
Bilakah bermulanya waktu membuang undi? |
| |
A: |
Pada hari
pengundian, masa untuk mengundi bagi kebanyakan Tempat Mengundi
ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walau bagaimanapun,
bagi kawasan pedalaman, SPR menetapkan supaya tempat-tempat
mengundi terbabit dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut
masa yang diumumkan oleh SPR.
|
| 9 |
Q: |
Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang
undi? |
| |
A: |
Dokumen yang diperlukan ialah
Kad Pengenalan sama ada My Kad atau Kad Pengenalan lama
sama ada KPT atau Kad Pengenalan Plastik Biru. Jika kehilangan
Kad Pengenalan, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan
Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh
Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang
boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah :
• Pasport Malaysia Terhad
• Pasport Malaysia
• Lesen Memandu yang bergambar
• Kad Rasmi Pengenalan Diri yang dikeluarkan oleh
mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama,
nombor Kad Pengenalan dan gambar pemegangnya.
|
| 10 |
Q: |
Bagi pemilih yang telah mengetahui nombor saluran
Tempat Mengundi, adakah perlu menyemak semula di barung SPR? |
| |
A: |
Pada hari
pengundian, pemilih yang telah mengetahui nombor saluran
tempat mengundi tidak perlu berbaris di barung untuk menyemak
nombor salurannya. Beliau hendaklah terus ke saluran yang
berkenaan dan menunggu gilirannya untuk mengundi. |
| 11 |
Q: |
Bilakah boleh dituntut deposit pilihan raya? |
| |
A: |
(i) Deposit pilihan raya boleh
dituntut selepas Keputusan Pilihan Raya diisytiharkan
oleh Pegawai Pengurus jika calon memperolehi lebih daripada
1/8 dari jumlah undi yang diterima oleh calon-calon yang
bertanding.
(ii) Deposit bahan kempen
boleh dituntut selepas semua bahan kempen dibersihkan
oleh calon terbabit dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan
yang berkenaan.
|
| 12 |
Q: |
Adakah SPR menyediakan saluran
khas di tempat mengundi untuk warga tua, orang kurang upaya
dan wanita mengandung? |
| |
A: |
Pada hari
pengundian, SPR menyediakan saluran khas, iaitu Saluran
1 untuk warga emas. Manakala bagi wanita yang mengandung
dan pengundi kurang upaya, Ketua Tempat Mengundi diberi
kuasa untuk memberi keutamaan kepada mereka untuk masuk
ke tempat mengundi supaya mereka tidak perlu menunggu lama
di luar. |
| 13 |
Q: |
Seseorang ingin bertanding
untuk DUN dan Parlimen di mana tempat penamaan calon adalah
2 tempat yang berbeza dan berjauhan. Bagaimanakah cara mengatasainya? |
| |
A: |
SPR akan
sedaya upaya memastikan dalam pilihan raya serentak yang
melibatkan parlimen dan DUN, pusat penamaan calon akan ditetapkan
di tempat (bangunan) yang sama. Walau bagaimanapun, jika
ia terpaksa dibuat di dua tempat yang berbeza, jika tidak
dapat hadir sendiri, Kertas Penamaan boleh diserahkan oleh
pencadang atau penyokongnya atau oleh kedua-dua mereka. |
| 14 |
Q: |
Orang ingin mengundi tetapi namanya telah di tanda
sebagai telahpun keluar mengundi? |
| |
A: |
Beliau tidak boleh mengundi. |
| 15 |
Q: |
Adakah seseorang boleh menggunakan Kad Pengenalan
orang lain untuk mengundi? |
| |
A: |
Tidak dibenarkan. |
| 16 |
Q: |
Kenapa elaun petugas pilihan raya lambat diterima? |
| |
A: |
Pejabat
Pilihan Raya Negeri perlu memproses bayaran mengikut prosedur
kewangan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan. Kelewatan
boleh berlaku bilamana terdapat kesilapan maklumat No. Akaun
atau No. Kad Pengenalan atau Nama Petugas. |
| 17 |
Q: |
Sekiranya seseorang tidak dibenarkan membuang undi,
di manakah beliau sepatutnya membuat laporan? |
| |
A: |
Laporan boleh di buat di Balai
Polis berdekatan. |
| 18 |
Q: |
Bolehkah orang mengundi bagi pihak orang lain? |
| |
A: |
Tidak
boleh, Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu yang
melibatkan pengundi cacat penglihatan, pengundi perlu ditemani
oleh seorang waris terdekat (ayah/ibu/suami/isteri/anak/cucu
dan sebagainya) dan waris boleh membantu untuk memangkah
kertas undi dengan syarat warisnya mengisi Borang 10 terlebih
dahulu. |
| 19 |
Q: |
Kenapa penggunaan pen tidak dibenarkan untuk menandakan
kertas undi? |
| |
A: |
Penggunaan pen dibenarkan tetapi
bagi memudahkan pengundi maka disediakan pensil di tempat
mengundi. |
| 20 |
Q: |
Jika seseorang pengundi telah
menandakan kertas undi sehingga di luar petak undi, adakah
kertas undi tersebut diterima? |
| |
A: |
Kertas undi tersebut boleh diterima
selagi niat pemilih untuk memilih calon pilihannya adalah
jelas ditanda didalam petak yang dikhaskan. |
| 21 |
Q: |
Bolehkan orang yang mendaftar
di Sabah dan Sarawak tetapi bermastautin di Semenanjung
memohon mengundi secara pos? |
| |
A: |
Tidak boleh
kecuali mereka yang tertakluk di bawah Peraturan 3(1)(a)-(f),
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Pengundian Pos ) 2003. |
| |
|
|
| |
| 1 |
Q: |
Berapa lamakah tempoh sesuatu urusan persempadanan
Semula Bahagian Pilihan Raya dijalankan? |
| |
A: |
Mengikut
Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan
semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam
tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada
10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu. |
| 2 |
Q: |
Siapakah yang dibenarkan untuk membuat representasi
dalam urusan persempadanan bahagian pilihan raya? |
| |
A: |
Mengikut
Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, pihak yang layak membuat
representasi (bantahan/cadangan balas) semasa urusan persempadanan
ialah,
i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Pemilih berdaftar di dalam kawasan yang terlibat
|
| 3 |
Q: |
Dalam keadaan mana siasatan tempatan perlu diadakan
bagi bantahan urusan persempadanan? |
| |
A: |
Mengikut
Seksyen 7, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan siasatan
tempatan perlu diadakan apabila bantahan diterima daripada:
i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Tidak kurang daripada 100 orang pemilih berdaftar dalam
Bahagian Pilihan Raya berkenaan
|
| 4 |
Q: |
Apakah kriteria yang digunakan semasa urusan persempadanan
diadakan? |
| |
A: |
Kriteria
yang ditetapkan ialah mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual
Ke13 Perlembagaan Persekutuan, iaitu:
i- Jumlah pemilih hendaklah
lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar
yang menghadapi masalah perhubungan.
ii- Sempadan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya tidak melangkau
sempadan negeri.
iii- Terdapat kemudahan pentadbiran
iv- Pertimbangan khas untuk mengekalkan hubungan tempatan
|
| 5 |
Q: |
Apakah yang membentuk sesuatu Bahagian Pilihan Raya? |
| |
A: |
Sesuatu
Bahagian Pilihan Raya diwujudkan hasil daripada gabungan
beberapa Daerah Mengundi selepas mengambilkira kriteria-kriteria
yang ditetapkan di bawah Seksyen 4, Bhg.2 Jadual Ke 13 Perlembagaan
Persekutuan. Setiap Daerah Mengundi pula mengandungi beberapa
lokaliti yang menunjukkan nama dan alamat pemilih yang berdaftar
di kawasan itu. |
| 6 |
Q: |
Apakah yang dimaksudkan Daerah Mengundi? |
| |
A: |
Daerah Mengundi
ialah satu kawasan yang mana sempadanya ditetapkan oleh
SPR dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya dan di dalamnya
mengandungi beberapa lokaliti yang menunjukkan nama dan
alamat pemilih yang berdaftar di kawasan itu. |
| 7 |
Q: |
Apakah yang dimaksudkan dengan lokaliti? |
| |
A: |
Lokaliti ialah unit yang paling
kecil yang terdapat di dalam Daerah Mengundi dan ia mempunyai
sejumlah pemilih dan alamat masing-masing. |
| 8 |
Q: |
Berapakah jumlah Bahagian-Bahagian
Pilihan Raya Negeri dan Parlimen seluruh Malaysia yang berkuatkuasa
sekarang? |
| |
A: |
Jumlah Bahagian
Parlimen ialah 222 dan Bahagian Pilihan Raya Negeri ialah
576.
|
| 9 |
Q: |
Apakah pilihan lain yang membolehkan urusan persempadanan
Bahagian Pilihan Raya dilakukan di Malaysia? |
| |
A: |
Selain daripada
lat tempoh 8 tahun, urusan persempadanan boleh juga dilakukan
jika wujud keadaan berikut:
i- Apabila berlakunya tambahan
kerusi dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut
sepertimana yang diluluskan di Parlimen mengikut Perkara
113(2A)
ii- Apabila berlakunya perubahan sempadan sesebuah negeri,
misalnya pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya.
|
| 10 |
Q: |
Bilakah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang baru
boleh digunakan dalam Pilihan Raya ? |
| |
A: |
Mengikut
Seksyen 12 Bahagian 2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan,
Bahagian-Bahagian Pilihan Raya baru hanya sah untuk dipertandingkan
selepas pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. |
| 11 |
Q: |
Mestikah dalam sesuatu urusan persempadanan jumlah
Bahagian Pilihan Raya perlu ditambah? |
| |
A: |
Tiada sebarang
peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan
SPR membuat penambahan jumlah Bahagian Pilihan Raya apabila
urusan persempadanan dilaksanakan. |
| 12 |
Q: |
Adakah benar dakwaan bahawa urusan persempadanan
yang dijalankan oleh SPR hanya menguntungkan parti Kerajaan? |
| |
A: |
Tidak benar.
Urusan persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang
dijalankan oleh SPR bukan bertujuan untuk menguntungkan
mana-mana pihak, baik parti pemerintah ataupun parti-parti
pembangkang. Urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya
dijalankan adalah mengikut undang-undang dan prinsip-prinsip
yang yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan
Persekutuan. Sebelum sesuatu cadangan persempadanan diluluskan,
ianya melalui pelbagai proses undang-undang seperti pameran,
bantahan dan cadangan balas, Siasatan Tempatan dan seterusnya
pembentangan untuk dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen. |
| |
|
|
| |
| 1 |
Q: |
Siapakah yang layak mendaftar sebagai Pengundi Pos? |
| |
A: |
Peraturan 2 Peraturan-peraturan
Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menetapkan menetapkan
bahawa semua warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun
pada tarikh kelayakan dan layak di sisi undang-undang
boleh mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (Pengundi
Pos) jika seseorang itu tergolong dalam mana-mana kategori
seperti berikut :
1. Seseorang anggota Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan iaitu isteri atau
suami masing-masing;
2. Seseorang anggota Perkhidmatan Awam Malaysia yang sedang
berkhidmat di luar negara dan pasangan iaitu isteri atau
suami masing-masing; dan
3. Seorang pelajar sepenuh masa yang belajar di Institut
Pengajian Tinggi di luar negara dan pasangan iaitu isteri
atau suami masing-masing.
Manakala Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 pula menetapkan bahawa
mana-mana warganegara yang telah mendaftar sebagai pemilih
berhak untuk mengundi secara pos jika mereka tergolong
di dalam salah satu daripada kategori seperti berikut
:
1. Seorang pengundi tidak hadir
2. Seseorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai
pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi;
3. Seorang anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan
oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa
di Malaysia, selain seorang anggota Pasukan Polis Sukarela
Simpanan;
4. Seorang anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara
114 Perlembagaan Persekutuan; dan
5. Seorang anggota mana-mana kategori orang yang ditetapkan
sebagai Pengundi Pos oleh SPR dari masa ke semasa melalui
pemberitahuan warta.
|
| 2 |
Q: |
Bagaimanakah cara untuk mendaftar seorang warganegara
sebagai Pengundi Tidak Hadir yang layak mengundi secara pos? |
| |
A: |
Urusan pendaftaran setiap anggota
ATM dan pasangannya (sama ada isteri atau suami) sebagai
Pengundi Pos dibuat melalui kerjasama Jabatan Rekod dan
Pencen (JRP), Kementerian Pertahanan.
Urusan pendaftaran setiap anggota
polis dan pasangan, sama ada isteri atau suami daripada
Pasukan Gerak Am (PGA), sebagai Pengundi Tidak Hadir dibuat
melalui kerjasama Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di setiap
negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.
Pendaftaran setiap anggota
tentera dan pasangan sebagai Pengundi Tidak Hadir serta
setiap anggota polis PGA dan pasangan dibuat berasaskan
kepada tempat di mana anggota ATM atau PDRM itu bertugas
dan tidak mengikut alamat bermastautin anggota ATM atau
PDRM seperti mana yang dibuat bagi pendaftaran pengundi
biasa.
Bagi anggota-anggota Perkhidmatan
Awam yang berkhidmat di luar negara dan para pelajar Malaysia
yang belajar sepenuh masa di luar negara berserta pasangan
masing-masing, urusan pendaftaran mereka dibuat melalui
kerjasama Pejabat-pejabat Kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi
Malaysia di luar negara. Pemilih-pemilih berkenaan didaftarkan
sebagai Pengundi Tidak Hadir mengikut alamat di Malaysia
yang tertera di dalam Kad Pengenalan masing-masing dan
bukannya alamat mereka di luar negara.
|
| 3 |
Q: |
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Pemilih
Tidak Hadir seperti anggota ATM atau PDRM yang akan bersara
dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam serta pelajar-pelajar
Malaysia di luar negara yang telah kembali ke Malaysia? |
| |
A: |
Mereka perlu
memaklumkan kepada SPR bahawa mereka telah bersara atau
telah hilang kelayakan sebagai Pengundi Tidak Hadir dan
perlu membuat permohonan baru sebagai Pengundi Biasa dengan
mengisi Borang A di mana-mana tempat pendaftaran yang ditetapkan. |
| 4 |
Q: |
Bagi mereka yang telah hilang kelayakan sebagai
Pengundi Tidak Hadir, apakah tindakan yang akan diambil terhadap
status pendaftaran mereka? |
| |
A: |
Bagi mereka
yang telah hilang layak, sebagai Pengundi Tidak Hadir, selepas
pengesahan diterima dari pihak-pihak yang berkenaan (ATM,
PDRM, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelajaran), SPR
akan memotong nama mereka dalam Daftar Pemilih selaras dengan
Peraturan 25 (2)(g), Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran
Pemilih) 2002. Adalah menjadi tanggungjawab individu-individu
itu sendiri untuk mendaftar semula sebagai Pemilih Awam
dan boleh membuat pendaftaran di mana-mana sahaja saluran
kaunter pendaftaran yang ditetapkan oleh SPR (Ibu Pejabat
SPR, Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat pos berkomputer,
Wakil-wakil Parti Politik dan Agensi-agensi kerajaan yang
dilantik oleh SPR). |
|