![]() |
KENYATAAN
AKHBAR PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR), MALAYSIA BIL.17/2008 |
![]() |
PILIHAN
RAYA KECIL BAHAGIAN PILIHAN RAYA PARLIMEN
2. Berikutan dengan kekosongan kerusi Dewan Rakyat tersebut, SPR, berpandukan kepada undang-undang yang berkaitan dengannya perlu mengambil tindakan-tindakan yang sesuai dan telah melantik seorang Pegawai Pengurus dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus untuk melaksanakan tanggungjawab menjalankan pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan berkenaan. 3. Mereka yang telah dilantik adalah terdiri daripada pegawai-pegawai berikut :-
Pegawai Pengurus
i.
Encik Zainol Abidin bin Md. Noh 4.
Sehubungan dengan perkara ini, SPR telah bermesyuarat pada 6 Ogos 2008
untuk menetapkan tarikh-tarikh bagi menjalankan pilihan raya kecil sebagaimana
yang diperuntukkan oleh undang-undang. Dengan ini diumumkan bahawa bagi
menjalankan Pilihan Raya Kecil bahagian pilihan raya Parlimen P.44 Permatang
Pauh, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :- 4.2 Tarikh Notis dikeluarkan : 8 OGOS 2008 4.3 Tarikh Penamaan Calon : 16 OGOS 2008 4.4
Tarikh Pengundian : 26 OGOS 2008 6. Dalam tempoh pilihan raya kecil ini dijalankan, amat penting semua pihak mematuhi arahan pihak keselamatan dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. Oleh itu, semua pihak terutamanya parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas parti dan individu-individu lain yang terlibat perlu sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen yang telah ditetapkan. Semua pihak perlu juga ambil ingatan bahawa terdapat beberapa kes petisyen pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum 2008 masih dalam perbicaraan. Oleh yang demikian, calon-calon adalah diingatkan supaya tidak menyentuh isu-isu yang melibatkan kes-kes petisyen dalam kempen-kempen mereka.
Sekian, terima kasih.
6 OGOS 2008 |
||
©
Hakcipta Terpelihara 2008 | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |