Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR : KEPUTUSAN AKAN DIKETAHUI SEBELUM 9 MALAM


KUALA BERANG 27 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Berang dapat diketahui sebelum pukul 9 malam esok.

Setiausahanya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya tidak menolak kiraan undi dapat diumumkan awal kerana di kawasan itu hanya terdapat 23 peti undi yang dibahagikan kepada 10 pusat pengundi.

Menurut beliau, kiraan undi akan dimulakan pada pukul 5.30 petang iaitu setengah jam selepas proses pengundian ditutup.

Beliau memberitahu demikian pada pada sidang akhbar di Pejabat Tanah dan Daerah, di sini hari ini.

Katanya, SPR hanya membenarkan kiraan semula undi dilakukan jika jumlah undi calon yang menang adalah kurang dua peratus daripada jumlah pengundi serta menerima permohonan daripada calon yang tewas.

Bagaimanapun, katanya, proses kiraan semula itu hanya akan dilakukan pada keesokkan harinya dan masa akan ditetapkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Wan Ahmad turut menegaskan bahawa daftar pemilih yang disahkan oleh SPR adalah sebanyak 11,429 orang dan tidak perlu lagi mana-mana pihak mempertikaikan senarai yang telah diwartakan itu atau membuat dakwaan mengenai kewujudan pengundi hantu.

``Dalam soal ini kita meminta semua pihak tidak mengambil tindakan tanpa usul periksa menahan dan mengganggu perjalanan orang ramai semasa pilihan raya berlangsung esok sehingga berulang kejadian seperti di Lunas apabila ada pihak cuba mengambil alih tugas polis.

``Ini kerana mungkin ramai pengundi yang berdaftar di Kuala Berang dan mereka ini layak untuk pulang mengundi di sini dan tidak sepatutnya dihalang,'' katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang mengundi agar tidak membawa sebarang simbol parti ke tempat mengundi sama ada baju, payung atau kipas dan mereka yang didapati berbuat demikian akan ditahan.

Beliau juga meminta pengundi supaya tidak lupa membawa kad pengenalan manakala kehilangan kad pengenalan perlu disertakan bukti laporan polis atau mengganti dengan lesen memandu yang mempunyai gambar.