Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
KUALA BERANG DIPANTAU MULAI 16 OGOS

PULAU PINANG 7 Ogos - Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) akan digerakkan bagi memantau perjalanan kempen 12 hari pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu yang bermula 16 Ogos ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, ia penting bagi memastikan calon parti-parti bertanding dan penyokong mereka tidak melanggar etika berkempen menjelang pilihan raya itu yang akan diadakan pada 28 Ogos.

Tegasnya, SPR akan bertindak mengikut Seksyen 4 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jika ada pihak menggunakan isu peribadi memburukkan lawan bagi meraih sokongan pengundi.

``Kita juga akan menurunkan sepanduk atau kain rentang yang memaparkan kata-kata kesat atau berbau hasutan.

``PP-KPR akan digerakkan sama di Kuala Berang seperti kita memantau pilihan raya umum ke-11 Mac lalu,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas persediaan SPR untuk menghadapi kempen-kempen memburukkan peribadi lawan sehingga menimbulkan kebencian melampau jika ia berlaku semasa kempen pilihan raya kecil tersebut.