Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
AKTA PILIHAN RAYA 1958
PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENGUNDIAN POS) 2003

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19], Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan-peraturan yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Nama, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuatkuasa pada 16 Jun 2003.

(3) Peraturan-Peraturan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 [P.U.(A) 386/1981].

Tafsiran
2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Borang 2" ertinya suatu perisytiharan identiti seseorang pengundi pos dan yang mempunyai nombor kertas undi;

"ejen" ertinya ejen ejen pilihan raya atau mana-mana orang yang dilantik untuk hadir bagi menggantikan ejen pilihan raya;

"kertas undi pos" ertinya suatu kertas undi yang dikeluarkan kepada seorang pengundi pos;

"pengeluaran" termasuklah pengeluaran yang asal dan mana-mana pengeluaran yang kemudian;

"pengundi pos" ertinya mana-mana orang yang berhak untuk mengundi di bawah peraturan 3;

"pengundi tak hadir" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 [P.U.(A) 293/2002];

"sampul A" ertinya suatu sampul iringan yang mempunyai perkataan "sampul kertas undi" dan "nombor kertas undi";

"sampul B" ertinya suatu sampul iringan yang mempunyai perkataan "pegawai pengurus" bagi pengembalian sampul A dan Borang 2.