Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR TIDAK BERSEKONGKOL DENGAN MANA-MANA PIHAK

KUALA UMPUR 6 Okt. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk memastikan kemenangan mana-mana parti politik dalam pilihan raya.

Menurut beliau, SPR telah banyak kali mengendalikan pilihan raya di negara ini dan sehingga kini tiada bukti yang menunjukkan badan bebas itu berpihak kepada mana-mana parti politik. Tengku Azlan berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan, Dr Syed Azman Ahmad (Pas - Kuala Terengganu), ketika menggulung perbahasan dalam sesi Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau berkata, langkah SPR membuat gerakan mengemaskini alamat pengundi, baru-baru ini adalah untuk memastikan tidak wujudnya pengundi-pengundi hantu.

"Dalam gerakan tersebut, SPR telah memberikan tempoh dua minggu kepada pengundi yang menerima surat tersebut untuk membalas surat SPR. "Bagaimanapun, sekiranya tempoh tersebut terlalu singkat, SPR masih boleh menerima surat yang dibalas lewat dari tempoh berkenaan," katanya. Syed Azman mendakwa, langkah tersebut sengaja dilakukan oleh SPR bagi memecahbelahkan kedudukan pengundi-pengundi Pas. Tengku Azlan berkata, beliau percaya SPR mempunyai alasan tertentu sebelum melakukan apa-apa tindakan.