Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN PILIHAN RAYA DIBENTANG

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2003 bagi meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) di Dewan Rakyat. Rang Undang-Undang tersebut, dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dibahaskan. Antara perkara baru yang disentuh untuk pindaan itu ialah peruntukan permohonan maaf di bawah Seksyen 30 A Akta tersebut. Pindaan itu dibuat untuk memastikan calon yang bertanding dalam pilihan raya akan lebih bertanggungjawab mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya lebih awal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Rais berkata, selama ini ramai calon-calon yang bertanding tidak mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang ditetapkan undang-undang. "Ini menimbulkan masalah kepada mereka apabila tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya akan datang kecuali mendapat kemaafan dari mahkamah. "Buat masa ini, undang-undang yang ada tidak menetapkan bila tempoh mereka perlu membuat permohonan maaf kepada mahkamah," katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu. Rais menambah, kebiasaannya calon-calon akan menunggu pilihan raya akan datang, barulah mereka cuba membuat permohonan maaf sedangkan tindakan itu hanya akan menyusahkan mereka sendiri.

"Dengan adanya peruntukan baru ini, calon-calon dikehendaki mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh 31 hari selepas tempoh ditetapkan mengikut Seksyen 23 akta berkenaan," ujarnya. Dengan adanya, peruntukan itu, jelas Rais, soal mengemukakan permohonan maaf akan menjadi lebih jelas dan calon-calon yang enggan mengemukakannya terpaksa menganggung akibatnya sendiri. Selain itu, kata beliau, di bawah Fasal 6, Seksyen 27B rang undang-undang itu, penubuhan pasukan penguatkuasa pilihan raya bagi maksud memantau dan mengawal kegiatan calon sepanjang tempoh berkempen adalah perlu sehingga tamat hari pengundian.