Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 

SPR YAKIN KEBEBASAN BERKEMPEN TIDAK JEJAS KESELAMATAN NEGARA


KUALA LUMPUR 30 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin kebebasan berkempen dan rapat umum kepada parti-parti politik pada musim pilihan raya tidak akan menjejaskan keselamatan negara.

Pengerusinya, datuk Abd. Rashid Abd Rahman berkata, bagaimanapun cadangan beliau mengenai perkara itu awal-awal lagi telah ditentang. "saya masih berharap satu bentuk penyelesaian dapat dicapai berhubung perkara penting ini." katanya pada sesi taklimat kepada pengarang-pengarang kanan akhbar hari ini.

Beliau berkata, tujuan SPR mencadangkan perkara itu ialah untuk membuka suasana yang lebih demokratik untuk berkempen iaitu dengan memastikan kebebasan kepada semua . Katanya, jika berdasarkan kepada sejarah pilihan raya negara, tanda-tanda wujudnya aktiviti kempen yang keterlaluan sangat kecil walaupun kemungkinan ada tindak tanduk penyokong yang kurang menyenangkan. Malah kata beliau, peristiwa 13 Mei 1969 berlaku bukan disebabkan oleh kempen keterlaluan tetapi berlaku selepas pilihan raya.

Perpaduan

"Malah tempoh kempen pada tahun 1969 tidak memperlihatkan tanda-tanda kejadian yang boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara, walaupun ada tindak-tanduk kempen sesetengah parti politik mencetuskan kebencian antara kaunm," katanya. Malah peristiwa itu katanya, telah dijadikan iktibar oleh rakyat negara ini akan betapa pentingnya mengekalkan perpaduan kaum. Katanya, walaupun pada pilihan raya kecil Anak Bukit dan Pendang ada tanda wujudnya keganasan ketika berkempen, ia berlaku kerana seluruh sumber parti ditumpukan kepada dua kawasan kecil itu.

"Saya menolak sebarang andaian bahawa pelbagai aktiviti kurang sihat yang berlaku pada dua pilihan raya kecil itu akan berlaku pada pilihan raya akan datang di semua kerusi yang dipertandingkan," katanya. Kejadian-kejadian kecil kata beliau mungkin ada tetapi ia tidak akan menjejaskan asas keselamatan dan demokrasi negara.