Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
140,000 PETUGAS SPR MULA LATIHAN HUJUNG BULAN

PULAU PINANG 3 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memulakan latihan hujung bulan ini untuk 140,000 petugasnya yang telah dipilih untuk mengendalikan pilihan raya umum ke-11.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, latihan telah diserahkan kepada kesemua negeri dengan Sabah akan menjadi negeri pertama memulakan sesi berkenaan. Menurutnya, bidang tugas kakitangan sementara SPR itu akan meliputi pelbagai aspek kerja dari perkeranian, penguatkuasaan sehinggalah kepada pengiraan undi. Beliau turut memberi jaminan bahawa kesemua petugas SPR merupakan mereka yang berkelayakkan dan menepati peraturan suruhanjaya itu. "Soal sama ada petugas itu diambil dari kalangan parti politik tertentu tidak timbul sebab mereka menepati kelayakan yang ditetapkan oleh SPR. "Jika ada cakap-cakap seperti ini, kita tak kisah sebab ia sama sekali tidak menggugat kewibaan SPR," katanya ketika dihubungi hari ini.

Spekulasi

Beliau ditanya mengenai persediaan SPR melatih para petugasnya berikutan spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Bulan lalu, Abdul Rashid memberitahu, adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya umum ke-11 dalam waktu terdekat ini memandangkan SPR belum melantik petugasnya yang dianggarkan berjumlah lebih 100,000 orang.

Mengulas penafian Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai desas-desus kononnya Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen semalam, Abdul Rashid berharap orang ramai supaya tidak mudah mempercayai khabar angin atau spekulasi. "Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, takkanlah pembubarab ini dibuat secara diam-diam. Jangan dengar sebarang spekulasi, cuma tunggulah sehaja tarikhnya," katanya. Semalam, Abdullah hanya ketawa besar ketika diminta mengulas khabar angin yang tersebar luas menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kononnya beliau akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum. Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) baru-baru ini menggesa anggota parti pemerintah itu supaya bekerja kuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-11 supaya mendapat kemenangan lebih besar berbanding pada tahun 1999. Perdana Menteri selaku Pemangku Presiden UMNO turut meminta pemimpin dan ahli UMNO supaya mengelak politiking dan meningkatkan kerjasama untuk mencapai kemenangan besar pada pilihan raya nanti.

SPR sebelum ini menyatakan kesediaanya untuk mengadakan pilihan raya umum termasuk negeri Sabah pada bila-bila masa. Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, semua undang-undang pilihan raya juga telah digubal dan dipinda termasuk yang terbaru Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan 2003) yang diluluskan di Dewan Negara baru-baru ini. Rang undang-undang baru itu memberi peruntukan untuk menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya.