Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata,
KEPR wajar dimiliki oleh semua pihak yang terbabit secara langsung
dengan perjalan pilihan raya umum tersebut. Jelasnya, KEPR akan
diedarkan apabila tarikh pilihan raya umum ke-11 diumumkan secara
rasmi. "Kod Etika Pilihan Raya setebal kira-kira 20 muka
surat adalah berupa buku panduan dengan menjadikan Perlembagaan
Persekutuan sebagai teras utama dan perundangan lain yang berkait
dengan pilihan raya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya , KEPR sudah siap disemak oleh SPR.
Wan Ahmad berharap KEPR akan dapat membantu semua
pihak memahami proses perjalanan pilihan raya, sekali gus mematuhi
peraturan agar ia dapat berjalan dengan lancar dan aman. Katanya,
KEPR mengandungi elemen perundangan yang meliputi Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 dan Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Katanya, turut terkandung
di dalam KEPR ialah Akta Polis 1967, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia
Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Kenun Keseksaan,
Kanun Tatacara Jenayah Tempatan 1971 serta undang-undnag kecil
di bawahnya. "Antara lain yang disebut di dalam Kod Etika
Pilihan Raya ialah berkait dengan hari penamaan calon, etika berkempen,
aktiviti syarahan dan kaedah penggunaan media awam," katanya.