Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR YAKIN URUSAN PERSEMPADANAN SEMULA SIAP TEMPOH SETAHUN

PUTRAJAYA 28 Okt. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya yang akan bermula April depan dapat disiapkan dalam tempoh setahun walaupun undang-undang memperuntukkan dua tahun.

Keyakinan SPR itu membayangkan pilihan raya umum ke-11 akan turut melibatkan kawasan-kawasan baru di kedua-dua peringkat, Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Cadangan

"Berdasarkan pengalaman, saya yakin kita boleh menyelesaikan urusan persempadanan semula termasuk soal mewartakan persempadanan bahagian pilihan raya dalam setahun," kata Pengerusi SPR, Datuk Ab. Rashid Ab. Rahman kepada Utusan di pejabatnya disini.

Mandat Dewan Rakyat serat Dewan-Dewan Undangan negeri kecuali bagi Sabah dan Sarawak akan berakhir antara November 2004 dan Januari 2005.

Ketika ditanya mengenai anggaran bahagian baru yang bakal diwujudkan, Ab. Rashid berkata : "Adalah sukar dinyatakan sekarang. SPR akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan berhubung kawasan-kawasan yang munasabah untuk dikaji balik."

Bagaimanapun beliau menjelaskan, antara negeri yang kemungkinan mengalami perubahan bahagian pilihan raya ialah Johor, Selangor dan Pulau Pinang terutamanya kawasan-kawasan bandar utama.

"SPR akan menggunakan garis panduan jumlah pemilih yang sesuai untuk sesebuah bahagian pilihan raya iaitu 65,000 orang untuk kawasan Parlimen dan kira-kira 35,000 orang untuk kerusi Dewan Undangan Negeri," katanya.

Berdasarkan kriteria garis panduan itu, terdapat 34 kawasan yang mempunyai pemilih melebihi 65,000 pada tahun 1999 iaitu masing-masing dua di Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor (empat), Pahang dan Sarawak (satu), Selangor(11) dan Negeri Sembilan (tiga).

Kali terakhir SPR mengendalikan persempadanan kawasan pilihan raya iaitu pada tahun 1992 dan urusannya berjalan selama dua tahun. Bagi persempadanan semula kawasan pilihan raya yang lepas, ia telah dilaksanakan di semua negeri kecuali Pulau Pinang.

Ab. Rashid menambah, hanya aspek bantahan dan pendengaran bantahan akan memakan masa yang agak lama iaitu tiga hingga empat bulan berbanding proses-proses lain. "Aspek-aspek lain tiada masalah. Malah kita pun telah menyelesaikan kerja-kerja kajian awal bagi tujuan persempadanan semula itu," katanya.

Disiapkan

Ketika persempadanan semula pada 1992 Ab. Rashid merupakan setiausaha suruhanjaya tersebut. Beliau dilantik sebagai Pengerusi SPR awal tahun ini.Urusan persempadanan yang ditetapkan di bawah Perkara 113 dan Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan perlu disiapkan dalam tempoh tidak melebihi dua tahun.

Urusan persempadanan lalu membawa kepada pertambahan 12 bahagian pilihan raya berbandung 180 sebelumnya. Pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964 membabitkan 104 kerusi Parlimen dan diikuti dengan 144 kerusi pada tahun 1969, 154 kawasan pada 1974, 1978 dan 1982.

Sebanyak 177 kerusi Parlimen dipertandingkan pada 1986 dan 1990 (180) manakala pada tahun 1995 dan 1999(192).