Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
JPN SETUJU BERKONGSI DATA SECARA TERUS DENGAN SPR

PETALING JAYA 27 Jun - Proses pembersihan senarai daftar pemilih akan dapat di percepatkan berikutan persetujuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkongsi data secara terus dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Aseh Che Mat berkata, persetujuan berkongsi data itu dicapai dalam mesyuarat pasukan kerja yang dianggotai pegawai kedua-dua agensi itu Isnin lalu.

"JPN sudah membuat sambungan komputer perantaraan Sistem Perkongsian Maklumat (ALIS) sejak tiga bulan lalu.

"Ia boleh disambung dengan SPR pada bila-bila masa. Cuma kita dimaklumkan SPR belum bersedia kerana tidak mempunyai prasarana mencukupi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 108 kakitangan JPN, di ibu pejabat JPN di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk mengelak berulangnya kes 'pengundi hantu' seperti yang berlaku dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Sabah.

Pilihan raya kawasan tersebut diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah kerana terdapat mengundi hantu dalam senarai daftar pemilih 1998.

Beliau menambah, proses pembersihan sekarang agak perlahan kerana kakitangan SPR perlu mengunjungi pejabat JPN berhampiran bagi membuat semakan.

"Data yang akan disalurkan ialah mengenai nama, nombor kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan seseorang itu bagi membolehkan SPR mengenal pasti sebarang pertindihan atau sama ada mereka itu meningal dunia atau tidak,"katanya.

Beliau menjelaskan Jabatan Imigresen dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah pun mempunyai sambungan terus dengan rangkaian data ALIS.