Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR LANCAR SISTEM PENDAFTARAN PEMILIH SEPANJANG TAHUN

PUTRAJAYA 26 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melancarkan sistem pendaftaran memilih sepanjang tahun pada 1 Julai ini untuk membolehkan bakal pemilih mendaftar pada bila-bila masa berbanding cara yang diamalkan sekarang.

Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sistem baru itu akan digantikan cara lama yang hanya membolehkan bakal pemilih mendaftar pada tempoh masa tertentu. "Pada masa ini, orang ramai yang layak (berumur lebih daripada 21 tahun) hanya dibenarkan mendaftar melalui kempen selama 42 hari dalam setahun. Tetapi apabila sistem baru dilancarkan nanti, mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa melalui 620 kaunter di semua pejabat pos dan pejabat pendaftar pemilih diseluruh negara," katanya.

Beliau berkata, beberapa peraturan baru juga akan diperkenalkan selaras dengan pengumuman sistem bari itu. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas penerimaan memorandum bantahan berkaitan pilihan raya kecil Ketari daripada Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock di Ibu Pejabat SPR disini hari ini. Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, sistem baru itu diperkenalkan sebagai langkah penambahbaikan SPR terhadap sistem-sistem yang ditadbir oleh suruhanjaya tersebut.

Selain itu, ujarnya, SPR melakukan pembaharuan seperti itu untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai pemilih. Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad memberitahu, SPR bersedia bertemu dengan mana-mana parti politik di negara ini untuk memberi penerangan dan mendapat maklumbalas mengenai sebarang langkah meminda akta atau memperkenalkan peraturan baru. Bagaimanapun jelasnya, SPR tidak akan mengadakan dengan parti-parti secara serentak untuk mengelakkan kekusutan berlaku.

"Tidak guna jika berdialog serentak dengan semua parti kerana masing-masing mempunyai pemahaman berbeza mengenai undang-undang pilihan raya," katanya. Dalam pada itu, Wan Ahmad memberitahu, proses persempadanan semula bahagian pilihan raya sepatutnya telah dijalankan bermual pada 11 Mac lalu kerana tempoh lapan tahun proses itu jatuh pada hari tersebut.

"Pengerusi SPR (Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman belum menetapkan tarikh rasmi mengenainya," ujarnya. Terdahulu beberapa pemimpin DAP yang diketuai oleh Kim Hock menyerahkan memorandum bantahan kepada Wan Ahmad.

Memorandum
Mengulas mengenai kandungan memorandum tersebut, Kim Hock memberitahu, ia adalah berkenaan bantahan pelanggaran undang-undang pilihan raya di Ketari yang didakwa dilakukan oleh barisan Nasional (BN). Antaranya, beliau mendakwa Kementerian Penerangan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil akhbar tertentu dan 'menasihatkan' mereka supaya tidak memainkan isu sekolah wawasan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), Damansara. "Itu adalah cara halus yang dilakukan oleh kerajaan mempengaruhi dan mengawal kebebasan akhbar," ujarnya.

Selain itu, beliau membantah tuduhan Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Kang Chin Seng yang mengaitkan kumpulan mikitan KMM dengan pembangkang terutamanya pas. Sementara itu, Wan Ahmad berjanji akan mengemukakan bantahan tersebut di dalam mesyuarat SPR esok.