Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SIKAP TAK ACUH PUNCA DAFTAR PEMILIH LEMBAP

SEREMBAN 25 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kempen pendaftaran pemilih yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak kurang mendapat sambutan disebabkan sikap acuh tak acuh oleh mereka yang sepatutnya membuat pendaftaran.

Bagaimanapun katanya beliau percaya ini bukanlah kali terakhir untuk orang ramai mendaftar sebagai pengundi kerana pendaftran akan dijalankan lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman semalam yang menyatakan bahawa secara keseluruhannya sambutan orang ramai terhadap kempen pendaftaran pemilih yang diadakan SPR pada tahun ini agak lembap.

Kempen pendaftaran pemilih itu bermula 2 Mei akan berakhir 31 Mei ini.

Abdullah yang juga Timbalan Presiden UMNO ditemui pemberita selepas perjumpaan tertutup dengan pemimpin dan anggota UMNO negeri di Wisma Negeri di sini.

Mengulas laporan akhbar hari ini bahawa kerajaan dipercayai akan membatalkan keputusan untuk memberikan kontrak bernilai kira-kira RM300 juta kepada dua konsortium -- Mas Catering-Advent-TNTC Sdn.Bhd. (Masat) dan Besta Distributors Berhad, beliau berkata perkara itu dibangkitkan kerana adanya pengusaha atau pembekal makanan dan bahan-bahan makanan yang perniagaannya terjejas.

"Jadi apabila ada satu rancangan untuk menyerahkan segala-galanya kepada syarikat yang besar, mereka membantah," katanya.

Perkara itu telah saya bawa kepada pihak EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan perbendaharaan supaya dapat diketengahkan dan kalau ada keputusan yang telah dibuat, alhamdulillah," kata Abdullah.

Abdullah berkata beliau menyebutkan perkara itu semalam secara umum dan sebagai satu peringatan bahawa setiap keputusan yang diambil perlu dibuat secara berhati-hati supaya tidak ada golongan yang terpinggir. - Bernama