KUALA
LUMPUR 23 Julai - Bekas Ketua Pengarah Penyiasatan Kajibumi, Fateh
Chand a/l Pars Ram dilantik sebagai anggota baru Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR).
Pelantikan beliau diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan
Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Fateh Chand, 60, menggantikan
Datuk T. Puvanarajah yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada
12 Mei lepas setelah mencapai umur 65 tahun.
Puvanarajah telah berkhidmat
sebagai anggota SPR selama hampir 10 tahun.
Fateh Chand memulakan
kerjayanya sebagai pegawai kajibumi pada Mei 1964.
Selepas persaraannya,beliau
dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 30 Julai
1998. - Bernama
|