Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR SYOR SALURAN TV BERBAYAR UNTUK PEMBANGKANG BERKEMPEN

PUTRAJAYA 22 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan satu saluran televisyen berbayar diwujudkan bagi membolehkan parti-parti pembangkang menyuarakan pandangan mereka dalam tempoh berkempen sebelum pilihan raya.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, cadangan itu dibuat berikutan rungutan pihak pembangkang yang mendakwa tidak mendapat publisiti dalam media arus perdana terutama elektronik.

"Sepatutnya ada saluran berbayar yang boleh disewa oleh semua pihak bagi menyuarakan pandangannya dalam tempoh berkempen. "Kita berharap saluran ini diwujudkan suatu hari nanti walaupun bukan sekarang," katanya kepada pemberita selepas berdialog dengan 27 pemimpin parti politik di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini hari ini."

Sesi dialog itu diadakan sempena Hari SPR Bersama Pelanggan - program kali pertama anjuran suruhanjaya berkenaan. Program itu diadakan serentak di semua pejabat SPR di seuruh negara.

Persetujuan

Abdul Rashid menegaskan, cadangan itu bagaimanapun bergantung kepada persetujuan kerajaan untuk meluluskan penubuhan saluran berbayar bagi tujuan berkempen. Saluran sedemikian, katanya, diwujudkan di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.

Katanya, parti-parti pembangkang dibenar menyuarakan pandangan mereka menerusi saluran tersebut dalam tempoh berkempen. "Ia juga membantu usaha mempromosi pilihan raya yang dijalankan oleh suruhanjaya pilihan raya di sesebuah negara," jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Rashid memberitahu, SPR bersetuju menaikkan kadar perbelanjaan pilihan raya bagi calon yang bertanding pada pilihan raya akan datang. Kata beliau, had perbelanjaan bagi calon kawasan Parlimen dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM200,000 manakala calon Dewan Undangan Negeri dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM100,000.

"Langkah itu perlu dilakukan memandangkan kos berkempen semakin tinggi pada masa ini," katanya. Mengenai penyemakan semula daftar pemilih, jelasnya, hampir sejuta nama pengundi telah dipotong kerana kematian, hilang kelayakan dan nama tidak terdapat dalam senarai Jabatan Pendaftaran Negara. Beliau menambah, penyemakan yang dilakukan sejak tahun 1998 itu bertujuan untuk membersihkan daftra pemilih daripada pengundi hantu.

Selain itu, beliau kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin politik yang enggan bersemuka dengannya selepas membuat tuduhan melulu terhadap SPR di Parlimen. "Apabila kita ajak berdialog, mereka tidak hadir pula untuk membuktikan tuduhan tersebut," tegasnya.

Dalam pada itu, SPR hari ini menandatangani kontrak perjanjian dengan Sepakat Computer Consultant Sdn. Bhd bagi membangun dan melaksanakan sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun.