Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
DEPOSIT CALON BOLEH DINAIK SEHINGGA RM20,000

PUTRAJAYA 21 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan diberi kuasa untuk menaikkan deposit calon sehingga maksimum RM20,000 nagi memastikan hanya individu benar-benar serius bertanding dalam pilihan raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rais Yatim berkata, perkara tersebut adalah antara beberapa pindaan pada Seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958 yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen sekarang.

"SPR dijangka tidak menaikkan deposit sehingga maksimum sebaliknya memilih nilai pertengahan iaitu daripada RM5,000 kepada RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dikunjungi Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jonkheer John Von Muhlen di pejabatnya di sini hari ini. Menurut Rais, pindaan tersebut bertujuan memastikan karenah individu tertentu yang begitu ghairah untu bertanding dalam pilihan raya tanpa mengambil kira kemampuan diri sendiri tidak berterusan. Setipa individu sekarang boleh bertanding dalam pilihan raya asalkan berumur 21 tahun ke atas, warganegara Malaysia dan tidak diisytiharkan muflis.

Rais berkata, pindaan tersebut juga memberi hak kepada SPR untuk menentukan nilai deposit tambahan yang perlu dibayar oleh parti politik dan calon bebas bagi memastikan meraka membersihkan poster dan kain rentang setelah pilihan raya selesai. "Wang tersebut juga akan digunakan bagi membayar kos pembersihan yang dilakukan oleh majlis perbandaran atau syarikat swasta jika calon enggan membersihkannya sendiri," ujarnya.