Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
CALON PILIHAN RAYA WAJIB ANGKAT SUMPAH

BANGI, Khamis - Calon pilihan raya akan diwajibkan mengangkat sumpah tidak menghasut dan memfitnah ketika berkempen apabila Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 dipinda kelak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yatim, berkata langkah itu bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti benci membenci atau pergolakan agama supaya pilihan raya di Malaysia dapat terus dijalankan secara aman dan beradab.

"Ada satu cadangan yang kerajaan fikirkan patut dimasukkan ke dalam undang-undang itu iaitu mewajibkan calon mengangkat sumpah supaya mereka tidak menghasut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Syarahan Umum Ketiga Kursi Pok Rafeah anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Rais berkata, cadangan berkenaan sedang diperincikan dan beliau akan mengemukakan draf pindaan undang-undang itu kepada Kabinet bulan depan, sebelum dibentangkan di Parlimen selewat lewatnya hujung tahun ini.

Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia turut diamalkan di beberapa negara lain, termasuk Britain pada pilihan raya negera itu baru-baru ini.

"Kami percaya banyak kebaikan akan diperolehi daripadanya dan pilihan raya di Malaysia pada masa depan dapat dijalankan dalam keadaan aman serta beradab dengan mengambil kira kepentingan nasional," katanya.

Mengenai cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya setiap warganegara berumur 21 tahun menjadi pengundi secara automatik, Rais berkata, kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji cadangan itu.

"Buat masa ini kerajaan belum bersedia untuk menerima cadangan itu. Kita perlu mengkaji akibatnya terhadap perkara lain. Kerajaan perlukan lebih masa dan ruang untuk mengkaji cadangan itu,"katanya.

Beliau berkata, selain keperluan melakukan kajian teliti, kerajaan juga perlu mendapatkan pendirian umum berhubung cadangan itu.

"Ia (cadangan itu) seperti menyatakan setiap orang perlu tersenarai dalam daftar pemilih,"katanya.