Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman
berkata, pelantikan tersebut adalah bagi mengisi dua kekosongan
yang wujud berikutan penguatkuasaan Akta Pindaan Perlembagaan
(Pindaan) ( No.2) 2001 (Akta A1130) mulai 28 September tahun lalu.
"Pindaan ini membolehkan ahli SPR ditambah
dari tiga orang kepada lima orang," katanya dalam satu kenyataan
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tiga ahli yang sedia ada ialah Datuk Abang Roseli
Abang Paleng, Yeo Hock Siew dan Fateh Chand Pars Ram.
Zainal Abidin , 55, yang bersara wajib pada 5
September tahun lalu dilahirkan di Gambang, Kuantan, Pahang. Sepanjang
31 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah menjawat pelbagai
jawatan termasuk sebagai pegawai daerah di Lipis, Kuala Kangsar
dan Klang. Zainal Abidin juga pernah memegang jawatan sebagai
Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pegawai Kemajuan Negeri Johor
dan Pegawai Kewangan Negeri Pahang.