Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR AKAN SEMAK SEMULA DAFTAR PEMILIH 2000

KUALA LUMPUR 18 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melakukan semakan terhadap daftar pemilih 2000 yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas di Sabah kelak, untuk memastikannya bebas daripada pengundi hantu.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Muhamad Aszahari Abdul Rahman berkata, siasatan berhubung pengesahan status pemilih berdaftar itu akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

" Kita akan membuat semakan termasuk berdasarkan aduan yang diterima daripada pelbagai pihak," katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas gesaan beberapa pihak supaya SPR membersihkan daftar pemilih 2000 yang diwartakan Disember lepas, kerana mendakwa masih terdapat nama mereka yang tidak layak mengundi disenaraikan.

Kawasan N.13 Likas mempunyai jumlah pemilih berdaftar sebanyak 25,976. Pada pilihan raya 1999 sebanyak 17,452 atau 68.25 peratus pemilih mengundi dengan 268 undi ditolak.

Dalam pertandingan enam penjuru itu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Yong Teek Lee memperoleh 9,110 undi, menang dengan majoriti 4,962 undi.