Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
310 , 000 PENGUNDI DIPROSES - SPR

KUALA LUMPUR 17 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula memproses permohonan daripada kira-kira 310,000 orang termasuk 70 000 untuk tujuan menukar alamat tempat mengundi yang diterima ketika urusan pendaftaran pemilih bulan lalu.

Bagaimanapun jumlah permohonan menjadi pemilih yang kebanyakannya diterima daripada mereka yang berusia antara 21 dan 30 tahun, adalah hanya dalam lingkungan 25 peratus daripada 1.4 juta yang layak berdaftar.

Sungguhpun begitu Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya berpuas hati dengan jumlah penerimaan permohonan kali ini meskipun masih ramai yang belum berbuat demikian.

" Sasaran asal SPR bagi tahun ini ialah 350,000 orang.

" Setakat ini maklumat kira-kira 310,000 pemohon telah pun diterima ataupun 90% darpada keseluruhan permohonan yang dianggarkan diterima oleh kerani-kerani pendaftaran sementara yang dilantik. " Dalam tempoh seminggu ini kami akan mampu menerima semua maklumat berkaitan,"katanya kepada Utusan di sini.

Urusan pendaftaran kali ini telah berlangsung selama 30 hari iaitu mulai 2 Mei lalu.

Jumlah permohonan kali ini juga mengalami sedikit peningkatan berbanding tahun lalu yang hanya merekodkan sebanyak 250,000 permohonan. Pada gerakan pendaftaran 1999, SPR telah menerima borang pendaftaran daripada 680,000 pemohon.

Permohonan

Wan Ahmad memberitahu, daripada 310,000 permohonan yang diterima, Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu kira-kira 64,000 manakal Selangor menduduki tempat kedua dengan 50,000 orang.Kedah dan Perlis dengan Jumlah permohonan sebanyak 30,000 manakala Kelantan dan Terengganu masing-masing 15,000 dan 11,000 orang.

Bagaimanapun, jelas beliau, SPR negeri hanya menerima 14,000 permohonan dari Sarawak yang akan, mengadakan pilihan raya negeri dalam waktu terdekat ini.

" Kadar permohonan Sarawak ini masih rendah meskipun negeri itu kini diselubungi demam pilihan raya. Saya juga hairan......," katanya.

Beliau menambah, purata mereka yang paling ramai keluar mendaftar dalam kempen kali ini ialah yang berusia antara 21 tahun dan 30 tahun.

Mengenai tindakan memproses permohonan berkenaan,beliau menjelaskan, pihaknya berharap Daftar Pemilih 2001 akan diwartakan tahun ini juga.

" SPR mensasarkan untuk mewartakan daftar ini selewat-lewatnya pada November ini kepada orang ramai," katanya.