Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
BERI KERJASAMA PADA SPR : PAK LAH

GEORGETOWN, Khamis - Datuk Seri Abdullah Badawi mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyediakan senarai daftar pemilih yang bersih.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana kerjasama antara jabatan sepatutnya tidak menjadi masalah sekarang disebabkan semua kerja dilakukan menggunakan komputer.

Justeru, beliau berkata, semua kerja di jabatan dan semua agensi kerajaan boleh dibuat dengan mudah dan pantas.

"Pada masa dulu kerja lambat sikit kerana semuanya dibuat secara manual. Oleh itu, macam-macam (kerja) tak dapat diselesaikan dengan cepat.

"Tetapi, sekarang lebih mudah dan senang kerana semuanya menggunakan komputer,"katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan InfoSoc Malaysia 2001 di Hotel Equatorial, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan SPR terhadap beberapa jabatan dan agensi kerjaan yang kurang memberi kerjasama dalam usaha menyediakan senarai daftar pemilih yang bersih.

Semalam, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman, dilaporkan berkata, selain Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) , kerjasama daripada agensi kerajaan, termasuk polis, Jabatan Imigresen dan mahkamah amat mengecewakan.


SPR memerlukan kerjasama yang lebih baik daripada agensi berkenaan bagi mendapatkan maklumat untuk membolehkannya menyemak dan mengeluarkan nama pemilih yang tidak sepatutnya berada dalam daftar pengundi.

Abdullah berkata, selepas mesyuarat Kabinet semalam, beliau mengadakan mesyuarat serta memberitahu ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai perkara tersebut.

Katanya, beliau meminta ketua jabatan berkenaan memberi kerjasama kepada SPR, jika ada permintaan daripada suruhanjaya itu.

"Mereka sebenarnya bukan keberatan untuk memberi kerjasama, sebaliknya mereka ada kesusahan tertentu.Mereka akan serta bersedia untuk bekerjasama (dengan SPR).

"Saya diberitahu oleh Datuk Azizan Ayob (Ketua Pengarah JPN), dulu susah (urusan membabitkan kad pengenalan) bila kerja dengan manual.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh buat andaian bila Datuk Rashid (SPR) sebut kad pengenalan boleh beli di tepi jalan.Itu bukan kerja JPN kerana dokumen itu tak dinuat serta dijula di tepi jalan, tentu ada pihak tertentu yang buat kad pengenalan palsu,"katanya.

Mengenai cadangan setiap warganegara berumur 21 tahun menjadi pengundi secara automatik, Abdullah berkata;"Kita (Jabatan Perdana Menteri) perlu membincangkan mengenaikan kebaikan dan keburukan cadangan itu."

Diminta mengulas tindakan Halim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Kamil Awang belum membuat laporan polis mengenai dakwaannya bahawa bekas pegawai tertinggi badan kehakiman mengarahkannya membatalkan petisyen pilihan raya Likas, Abdullah berkata: "Dia (Muhammad Kamil) dah hantar laporan kepada Ketua Hakim Negara.Biarlah mereka selesai sesama mereka (badan kehakiman).

"Terpulanglah kepada Ketua Hakim untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.Saya tak mahu buat spekulasi."