Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
PENDAFTARAN AUTOMATIK ATASI MASALAH PENGUNDI HANTU

PUTRAJAYA 13 Jun - Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan secara automatik setiap warganegara yang mencapai umur 21 tahun sebagai pemilih bertujuan mengatasi masalah pengundi hantu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, mengikut kaedah itu, pendaftaran kawasan mengundi akan dibuat berdasarkan alamat yang tertera pada kad pengenalan mereka.

"Pendaftaran secara automatik dapat memastikan semua warganegara yang layak mengundi dimasukkan dalam senarai daftar pemilih. Kaedah itu akan membantu menyelesaikan banyak masalah lain khususnya yang membabitkan pemilih kad pengenalan palsu di Sabah.

"Ini adalah jawapan terbaik bagi mengelakkan pengundi hantu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Abdullah Zawawi Mohamed, Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan dua ahli suruhanjaya itu, Datuk Abang Roseli Abang Paleng dan Yeo Hock Siew.

Menurut beliau, kertas cadangan untuk melaksanakan kaedah itu kini di peringkat perbincangan dan akan dikemukakan kepada kerajaan secepat mungkin.

"Cadangan itu akan melibatkan beberapa pindaan Perlembagaan, namun, dari hasil perbincangan kami terdapat banyak kebaikan daripada keburukan jika ia dilaksanakan," katanya.

Beliau yakin kaedah terbaru itu sekali gus menggalakkan pemilih segera menukar alamat pada kad pengenalan berdasarkan tempat tinggal sebenar mereka.

Buat masa ini, katanya, sebahagian besar pemilih didapati berpindah-randah dan tidak mempedulikan Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mewajibkan seseorang menukar alamatnya dalam tempoh 90 hari.

"Selagi peruntukan itu tidak dikuatkuasakan, SPR tidak dapat mewajibkan seseorang pemilih mendaftar mengikut alamat kad pengenalannya," katanya.

Sebelum ini, setiap tahun SPR membuka kaunter pendaftaran selama 42 hari bagi memberi peluang warganegara yang mencapai umur 21 mendaftar sebagai pengundi.

Proses pendaftaran dan penukaran alamat terpaksa mengambil masa beberapa bulan sebelum diwartakan bagi mengesahkan seseorang itu layak mengundi.

Dalam usaha mengemaskinikan senarai daftar pemilih, menurut Abdul Rashid, SPR akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan data terkini.

"SPR akan memotong nama pemilih yang tidak terdapat dalam data maklumat yang disediakan JPN bagi memastikan senarai daftar pemfiih bersih daripada pemilih yang tidak layak mengundi," jelasnya.

Beliau mendedahkan selama ini SPR menghadapi masalah ekoran perbuatan sesetengah pihak memindahkan pengundi dari satu bahagian ke bahagian pilihan raya yang lain tanpa pengetahuan pemilih berkenaan.

"Jika tidak dapat dikesan atau tidak dibantah, nama-nama berkenaan kekal di dalam daftar pemilih. Bagi SPR, inilah sebenarnya pengundi hantu," katanya.

Beliau menjelaskan banyak pihak terkeliru dengan mendakwa pemilih yang telah disenaraikan tetapi tidak tinggal di alamat yang dinyatakan sebagai pengundi hantu.

"SPR ingin menjelaskan bahawa mereka ini bukan pengundi hantu kerana pada masa membuat permohonan sememangnya mereka pemastautin tetapi telah berpindah, tanpa memohon memindahkan namanya di tempat baru," katanya.