Laman Utama

 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Semakan Daftar Online

Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
KAJI HAK MENGUNDI : PM
Bagi memastikan proses pilihan raya berjalan secara adil

SUBANG - 10 Jun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, banyak perkara dalam urusan pilihan raya perlu dikaji semula termasuk hak mengundi di sesuatu tempat supaya pilihan raya di negara ini dapat berjalan secara adil.

Menurut Perdana Menteri, dalam pengurusan daftar pemilih misalnya, didapati cara mengendalikannya tidak begitu sempurna dan apabila tiba waktu pemilihan, ramai pengundi tidak dapat mengundi.

Senario ini, tegas beliau, berlaku semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas, Kedah tahun lalu yang menyebabkan ramai pengundi yang menyokong kerajaan gagal mengundi.

"Nama mereka tidak ada kononnya mereka sudah berpindah, ada kes-kes yang nama mereka dipindahkan kerana mereka tidak lagi tinggal di kawasan itu".

"Dalam masa yang sama, kita dapati beribu-ribu daripada orang Kelantan khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur masih menjadi pengundi di Kelantan," katanya kepada pemberita sekembalinya dari lawatan kerja empat hari ke Jepun di Lapangan Terbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini hari ini.


Mengkaji

Menurut Dr. Mahathir, dalam hal ini, beliau tidak tahu mengapa ini berlaku kerana "kita tidak diberitahu" mengenainya.

"Mungkin tidak disengajakan tetapi kita perlu mengkaji tentang hak untuk pendaftaran pengundi di satu-satu tempat.

"Saya sendiri sudah lebih 25 tahun tinggal di Kuala Lumpur tetapi saya (masih) menjadi pengundi di Titi Gajah, Kedah. Ini tidak ada siapa yang soal tetapi kadang-kadang ada pemindahan dalam daftar pengundi," katanya.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berbuat apa-apa bagi menyelesaikan lebih 4,000 aduan orang ramai berkaitan sesuatu masalah pilihan raya.

la turut dibangkitkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Muhammad Kamil Awang, Jumaat lalu ketika mengisytiharkan keputusan pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Likas pada 1999 sebagai batal kerana terdapat pengundi hantu yang tidak wujud dalam daftar pemilih kawasan tersebut.

Menurut Muhammad Kamil :"SPR" seharusnya sedar mengenainya dan apabila bantahan dibangkitkan seperti dalam kes ini, SPR patut mengadakan siasatan umum seperti yang dikehendaki oleh undang-undang pilihan raya.

"Pendedahan mengenai amalan penipuan seperti kewujudan banyak pengundi hantu memakan masa, tetapi ia perlu dibuat jika mahu mempertahankan dan mengekalkan amalan demokrasi di negera ini".

Pada masa yang sama, mahkamah turut mengisytiharkan Daftar Pemilih 1998 yang digunakan bagi pilihan raya itu sebagai tidak sah kerana ada senarai nama pengundi yang tidak wujud di dalamnya.

Berikutan itu, pilihan raya kecil di kawasan itu akan diadakan memandangkan Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya tidak membenarkan rayuan dibuat.

Menurut Dr. Mahathir, jika ada dakwaan mengatakan SPR tidak berbuat apa-apa terhadap sesuatu aduan, ia tidak benar kerana badan itu menyelidiki semuanya.

"Parti kerajaan pun banyak buat aduan. Mereka (SPR) beri jawapan walaupun sesetengah jawapan yang mereka beri itu, kita sukar nak terima," katanya.

Parti kerajaan, kata Perdana Menteri, pun ada berasa tidak berpuas hati dengan penjelasan SPR.

"Kita sedang buat soalan berkenaan penjelasan itu," katanya.

Dalam pada itu, ditanya pendapatnya mengenai keputusan mahkamah membuat keputusan pilihan raya kerusi Likas yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Yong Teek Lee, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi BN berkata : "Kita terimalah (keputusan mahkamah) dan kita buat persediaan untuk pilihan raya kecil".