Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR PUAS HATI SEMUA SETUJU TIADA CERAMAH

KUCHING 6 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan persetujuan semua parti politik yang bakal bertanding pada pilihan raya negeri untuk tidak mengadakan perhimpunan terbuka atau ceramah tanpa permit semasa berkempen.

Persetujuan itu dicapai pada majlis pertemuan antara Pengerusi SPR, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman dengan sembilan wakil parti politik yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Yusoff Jaafar di hari ini.

Menurut Abdul Rashid, SPR berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk pasukan keselamatan bagi memastikan perjalanan kempen pilihan raya berakhir dengan aman dan selamat.

"Pada perjumpaan sebentar tadi kita semua bersetuju dengan pencegahan kempen secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan itu.

Hadir sama, Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Pegawai Pilihan Raya Sarawak, Wan Alwi Wan Hashim.

Abdul Rashid menjelaskan, Mohd. Yusoff juga telah memberi jaminan bahawa tidak ada mana-mana pihak akan dibenarkan, berkempen tanpa mendapat permit.

"Kempen pilihan raya mempunyai kaitan dengan keselamatan dan pesuruhjaya polis turut memberi jaminan tak ada mana-mana pihak atau sesiapa yang dibenarkan mengadakan kempen tanpa permit.

"Malah mengikut undang-undang permit boleh dikeluarkan dalam masa singkat, tak ada siapa yang, menghalang. Ini semua diteruskan tapi penganjur ceramah mesti mempunyai permit untuk tempoh 24 jam," katanya.

Mengulas lanjut hasil perjumpaan dengan semua wakil parti politik Sarawak beliau berkata, perbincangan itu menyentuh semua perkara bermula perjalanan pendaftaran pemilih sehinggalah kepada keputusan pilihan raya dibuat.

Beliau juga yakin bahawa segala proses termasuk kempen menjelang pilihan raya berjalan lancar jika semua pihak bekerjasama dalam memastikan tidak timbul masalah atau ketegangan di kalangan penyokong dan pengundi.

"Pada pertemuan ini juga kita memberi peluang sepenuhnya kepada mereka (parti politik) menyuarakan pendapat berkaitan perkara yang mereka kurang berpuas hati pada pilihan raya lalu.

"Pada keseluruhannya semua parti politik berpuas hati dengan perjumpaan dari hati ke hati ini, kita dapat selesaikan banyak masalah," ujarnya.