Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
KAWASAN MENGUNDI SEPERTI ALAMAT DI KAD PENGENALAN MULAI APRIL

PUTRAJAYA 4 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewajibkan para pemilih menggunakan alamat terbaru seperti dalam kad pengenalan sebagai kawasan mengundi mulai April tahun depan bagi mengelakkan masalah dakwaan 'pengundi hantu'.

Peruntukan itu yang akan dimasukkan dalam pindaan undang-undang pilihan raya, akan menentukan alamat tetapi tempat tinggal sebagai tempat mengundi, bukannya alamat konstruktif yang turut dibolehkan pada masa sekarang.

"Kita akan menggunakan alamat dalam kad pengenalan untuk menentukan tempat seseorang itu hendak mengundi. Tetapi kalau tidak boleh menunjukkan alamat baru, dia (pemohon) harus membuktikan dengan dokumen lain untuk menyatakan alamat baru tempat tinggalnya," kata Pengerusi SPR, Datuk Ab. Rashid Ab. Rahman kepada utusan.

Dengan langkah itu, kata beliau, SPR akan menggunakan takrif residen bukannya konstruktif residen mulai sekarang.Kata beliau, SPR akan menggunakan pendekatan itu memandangkan kini seseorang pemilih boleh mengundi di mana-mana bahagian mereka ingini dengan syarat mereka ingini dengan syarat mereka pernah tinggal di kawasan berkenaan.


"Mereka yang mendaftar sebagai pemilih baru akan diwajibkan menggunakan alamat pada kad pengenalan.Bagi mereka yang telah menjadi pemilih pula akan digalakkan mengubah alamat pada kad pengenalan jika telah berpindah ke tempat baru," katanya.

Malah, undang-undang pendaftaran negara juga menghendaki seseorang menukar alamat tempat tinggal dalam tempoh 90 hari selepas berpindanh ke tempat lain.

Jelas Ab. Rashid, seseorang yang mendaftar sebagai pemilih juga boleh menggunakan dokumen-dokumen lain seperti bil air ataupun elektrik sebagai bukti alamat tempat tinggal baru.

Mengenai kaedah pendaftaran sepanjang tahun, beliau memberitahu, ia juga akan dilaksanakan mulai bulan April tahun depan.Kata beliau, pendaftaran menggunakan format baru itu akan menjimatkan masa sehingga 120 peratus iaitu pengurangan tiga hingga lima bulan bagi menyiapkan daftar pemilih.

"Kini proses menyediakan daftar pemilih mengambil masa enam hingga lapan bulan. Dengan adanya pendaftaran sepanjang tahun, nama seseorang akan dimasukkan ke dalam daftar tiga bulan selepas dia memohon," katanya.

Dengan pelaksanaan langkah itu, tambah beliau, akan terdapat tiga daftar pemilih peringkat awalan yang kemudian akan disepadukan menjadi daftar pemilih asas bagi tahun-tahun berkenaan.

Dalam pada itu, buletin suruhanjaya berkenaan, Berita SPR, yang turut menyentuh mengenai pendekatan tersebut menekankan persetujuan untuk pelaksanaannya.

"Kaedah baru ini akan dijalankan mengikut undang-undang baru menggantikan peraturan-peraturan lama yang akan dimansuhkan," jelas buletin itu.

Sebahagian besar butir-butir peraturan lama dikekalkan melainkan lima aspek utama iaitu :

-Pendaftaran akan dibuka sepanjang tahun kepada semua warganegara yang layak;
-Tarikh kelayakan pemilih akan mengikut pencapaian umur 21 tahun pada bila-bila masa;
-Pameran daftar akan dibuka selepas setiap tiga bulan pendaftaran;
-nama-nama yang tidak dibantah akan disahkan pada bulan berikutnya.

"Untuk permohonan untuk pertukaran sebagai pemilih, setiap warganegara yang layak hanya perlu membawa kad pengenalan atau dokumen-dokumen pengenalan diri lain yang rasmi. Bagi permohonan untuk pertukaran alamat pendaftaran, pemohon perlu menunjukkan surat-surat rasmi majikan atau bil-bil rasmi yang menunjukkan nama dan alamat baru pemohon," jelas buletin itu lagi.