SEREMBAN 3
Feb- Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) kini diberi
kuasa mengemukakan nama pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
jika didapati terlibat dengan politik dan bersikap berpihak kepada
mana-mana parti politik semasa berlangsungnya pilihan raya. Dengan
bukti yang kukuh olek PP-KPR, pegawai SPR yang terlibat akan dipecat
serta-merta daripada jawapan mereka. Pemantauan secara serius
oleh PP-KPR ini adalah bagi memastikan mereka bebas dan memberi
layanan sama rata kepada semua pihak yang mengambil bahagian dalam
pilihan raya. Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul
Rahman, perkara ini perlu ditangani kerana pilihan raya 1999,
SPR menerima banyak laporan mengenai sikap pegawai pilihan raya
yang mengambil sikap berpihak-pihak khususunya ditempat mengundi.
Bagaimanapun,
katanya, tindakan tidak dapat diamabil kerana tiada bukti walaupun
SPR percaya perkara itu memang berlaku. "Kalau ada bukti,
kita akan pecat serta-merta. Bagaimanapun kena ada bukti. "Kita
juga kena adil kepada kakitangan dan jangan ada yang tuduh bukan-bukan,"
katanya pada sidang akhbar selepas majlis taklimat pilihan raya
umum kepada petugas-petugas Negeri Sembilan di sini hari ini.
PEnibihan PP-KPR adalah bagi membolehkan SPR memantau aktiviti
kempen oleh calon dan penyokong. PP-KPR, kata Abdul Rashid, akan
dianggotai oleh pegawai penguatkuasa SPR sebagai ketua, wakil
polis berpangkat Inspektor ke atas, wakil pihak berkuasa tempatan(PBT)
dan wakil parti politik yang dilantik secara bertulis oleh calon
dan ejennya.
Di
Negeri Sembilan, kata beliau, SPR telah pun melantik tiga orang
penguat kuasa SPR bagi setiap kawasan Parlimen. "PP-PKR juga
akan dianggotai oleh parti-parti politik bertanding. "Jadi
mereka tidak boleh tuduh pasukan pemantau ini berat sebelah kerana
orang dia juga ada di dalam," katanya. Mengenai cadangan
supaya meletakkan ejen-ejen parti politik kedalam kem-kem tentera
bagi memantau pengundian secara pos, Abdul Rashid berkata, SPR
telah pun berbincang dengan pihak tentera. Katanya, pihak tentera
bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana orang-orang
politik tidak dibenarkan masuk ke dalam kem,"katanya. "Walau
bagaimanapun, SPR akan menghantar pegawainya memantau untuk menyaksikan
proses perjalanan undi pos dalam kem," katanya.
Sementara
itu, dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, sejak tahun
2000, tidak ada nama pengundi yang dipindah sewenang-wenang ke
kawasan lain kerana permohonan memindah tempat mengundi mesti
dilakukan sendiri oleh pengundi menerusi pembuktian alamat yang
tentera di kad pengenalan. Katanya