Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
PATUHI ARAHAN SPR DAN POLIS

KANGAR 3 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua parti politik mematuhi arahan SPR dan polis bagi memastikan proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Indera Kayangan berjalan lancar dan aman.

Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kegagalan calon dan penyokong parti politik terbabit mematuhi peraturan yang ditetapkan boleh mengakibatkan insiden yang tidak diingini.

Menurut beliau, soal keselamatan perlu diberi perhatian oleh semua pihak terbabit terutama semasa perarakan pada hari penamaan calon. Katanya parti-parti politik juga diingatkan supaya mengutamakan keselamatan sepanjang kempen pilihan raya kecil itu serta hari mengundi. "Sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga dan terkawal, ia akan menyusahkan proses perjalanan pilihan raya kecil itu," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan writ pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Indera Kayangan dan mesyuarat persiapan pilihan raya, disini hari ini. Wan Ahmad menyerahkan writ tersebut kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Rusli Abd. Hamid yang dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil itu.

Penamaan

SPR semalam mengumumkan 10 Januari ini sebagai tarikh penamaan calon dan 19 Januari sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.8 Indera Kayangan.

Pilihan Raya Kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Khor Liang Tee pada 19 Disember lalu.

Wan Ahmad berkata, SPR dan polis boleh mengambil tindakan ke atas mereka yang menimbulkan kekacauan pada pilihan raya kecil itu mengikut akta kesalahan pilihan raya 1954, akta polis, akta hasutan, akta keselamatan dalam negeri, akta mesin cetak dan kanun keseksaan.

Dalam pada itu, katanya SPR akan mengeluarkan risalah tata susila pilihan raya kepada parti-parti politik dan calon-calon yang menghantar borang penamaan calon pilihan raya kecil tersebut.

Katanya, tata susila itu penting untuk diamalkan oleh mereka yang terlibat dengan pilihan raya kecil tersebut selain akta dan undang-undang yang ditetapkan untuk memastikan keamanan.

Mengenai kempen pilihan raya kecil itu pula, beliau berkata, polis akan mengeluarkan permit untuk mengadakan ceramah politik mulai 10 hingga 18 Januari ini. "Polis akan mengawal ketenteraman awam pada sepanjang kempen pilihan raya kecil itu,' ujarnya.