versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Semakan Daftar Online

Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 
Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
PUSAT SUMBER
 
MODEL TEMPAT MENGUNDI

 

Sebuah model tempat mengundi dipamerkan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya. Model ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada orang ramai tentang susun atur atau tempat mengundi. Seseorang pemilih berdaftar boleh ke tempat mengundi untuk membuang undi. Sebelum boleh membuang undi, pemilih itu mesti menyemak namanya dengan kerani penyemak daftar pemilih bagi mengetahui saluran yang betul. Kemudian dia perlu beratur bersama pengundi-pengundi lain yang mengundi di saluran itu.

Kerani pengundi pertama akan menyebut nombor siri pengundi, nama dan nombor Kad Pengenalan, dengan suara yang jelas. Ini adalah bagi memastikan ejen-ejen tempat mengundi dapat membuat penandaan pada nama-nama pengundi di dalam salinan daftar pemilih mereka untuk menunjukkan seseorang pengundi itu sudah membuang undi.

Kerani mengundi kedua akan mengeluarkan kertas undi dengan mengoyakkannya dari buku kertas undi. Kertas undi ini akan diserahkan kepada kerani mengundi ketiga yang akan membuat tanda keselamatan di sebelah kanan, dengan menggunakan penindik. Kertas undi itu kemudian akan dilipat dua dan diserahkan kepada pengundi.

Pengundi akan pergi ke tempat yang dikhaskan untuk membuat tanda bersebelahan nama dan simbol calon yang menjadi pilihan. Seterusnya, pengundi akan memasukkan kertas undi ke dalam peti undi yang biasanya di tempatkan di hadapan Ketua Tempat Mengundi dan ejen-ejen tempat mengundi. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas keadaan di tempat mengundi, anda boleh datang melawat model tempat mengundi di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya.