PROSES DEMOKRASI
DALAM PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
OLEH
Y.BHG. TAN SRI HAJI AB. RASHID BIN AB. RAHMAN
PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Apa itu
demokrasi dalam pilihan raya dan apa maknanya dalam kehidupan
kita semuanya. Demokrasi ringkasnya ialah pemerintahan oleh seluruh
rakyat atau pemerintah oleh orang yang dipilih secara adil dan
telus oleh rakyat.
Rata-rata
diseluruh dunia, demokrasi tidak tumbuh dalam keadaan sama antara
sesebuah negeri dengan sebuah Negeri yang lain. Demokrasi ini
boleh diumpamakan sebagai sebuah produk seperti motokar mithalnya
di Negara-negara maju didunia mengeluarkan produk ini tetapi sudah
barang tentu dalam bentuk yang berlainan atau lebih tepat dalam
model yang berlainan begitu juga demokrasi. Secara ilmiah ada
dilakukan berbagai kajian dalam hal yang berkaitan dengan aliran
perkembangan atau transisi demokrasi dan masalah-masalah yang
wujud disekitarnya (Democracy Transation and problem). Banyak
kes studies yang dielatratasikan bentuk-bentuk atau cara-cara
cabaran yang dihadapi oleh berbagai Negara termasuk Malaysia disegenap
peringkat dan perkembangan politik dan pembangunan perbagai institusi
demokratik (the studies of political and institutional development).
Untuk melihat
kepada tahap pencapaian Malaysia didalam menubuhkan dan mentadbirkan
institusi-institusi demokratik seperti SPR umpamanya kita harus
mengkaji secara mendalam rekabentuk Perlembagaan Negara (constitionel
design) dan juga seluruh kerangka undang-undang (the total framework
of Laws) yang menguasai bidang pilihan raya di Negara ini.
Bukan SPR
yang menguasai atau mewarna-warni pilihan raya di Negara ini.
Bukan SPR yang menentukan bentuk bagaimana pilihan raya harus
dijalankan atau sistem apa yang perlu dipakai oleh Negara. SPR
adalah institusi yang diwujudkan oleh undang-undang tubuh Negara
untuk menjalankan pengurusan pilihan raya (election management
and administration).
Sistem pilihan
raya yang wujud di Malaysia bukan ciptaan SPR. Ianya diwujudkan
oleh kerangka undang-undang yang telah dibentuk untuk membolehkan
berjalannya demokratik election dalam Negara ini. Sistem pilihan
raya bukanlah sesuatu yang statik. Sistem pilihan raya seharusnya
dilihat sebagai sesuatu yang boleh menjalani perubahan untuk menyesuaikan
dengan fakta-fakta sosio politik, social order dan keperluan menegakkan
keadilan yang timbul dalam sesebuah masyarakat di Negara dari
semasa ke semasa.
Berbalik
kepada soal demokrasi dan penubuhan kerajaan atau pemerintah melalui
proses demokratik, perlu saya tegaskan disini bahawa jika urusan
ini mahu mendapat piawaian demokratik maka yang perlu dipatuhi
sebagai hukumnya ialah bahawa mandat yang diberikan kepada sebarang
pihak untuk memerintah hendaklah diperolehi secara adil (justly
excited) tanpa ragu-ragu dan diterima oleh semua rakyat (pengundi)
dan semua parti yang bertanding.
Meletakkan
cap “Kerajaan yang disahkan” adalah sepenuhnya terletak
ditangan rakyat. Dalam demokratik election unsur ini mestilah
wujud dengan jelas dan nyata dan tidak harus ada elemen keraguan
mengenainya dan unsur ini tuan-tuan dan puan-puan amat kuat terbangun
di Malaysia.
Saya sedar
ada suara-suara sumbang dan sinis yang mengatakan bahawa dalam
banyak hal SPR dilihat sebagai menyediakan gelanggang yang lebih
memberikan advantage kepada parti inpower. Saya akan ulas tentang
hal ini sepenuhnya tetapi sebelum itu izinkan saya menerokai sedikit
tentang demokrasi yang dipraktiskan di merata Negara di dunia
yang boleh saya katagorieskan kepada tiga bentuk khusus untuk
dibincangkan:-
1. Liberal
Demokrasi - mengandungi unsur-unsur kebebasan yang tidak ada had
atau kawalan.
2. Limited Demokrasi – mempunyak unsur kebebasan yang terhad
3. Control Demokrasi - mempunyai unsur-unsur kebebasan yang dikawal
atau yang terkawal.
Oleh kerana
demokrasi pada tafsiran yang lebih luas daripada apa yang saya
nyatakan pada awal tadi merangkumi prinsip-prinsip penting dalam
kehidupan manusia seperti hak asasi individu (individual rights)
termasuk kebebasan bergerak, berkumpul, bercakap dan berorganisasi
maka untuk menilai kedudukan keadaan demokrasi di Malaysia dari
segi praktiknya.
Saya secara
jujur dan ikhlas memberikan pandangan seperti berikut:-
Bidang ini adalah bidang saya selaku seorang individu dan bukan
leadership saya sebagai Pengerusi SPR. Hak asasi dihormati dan
diiktiraf di Malaysia. Kebebasan dalam perkara-perkara yang saya
nyatakan tadi walaubagaimanapun perkara tidak absolute bahkan
dalam hal-hal tertentu dikawal rapi. Oleh itu demokrasi di Malaysia
bagi saya adalah demokrasi yang dikawal atau terkawal. Ini tentang
diri saya sendiri saya gunakan hak saya untuk bersuara secara
terhad ini untuk memberikan pandangan tadi. Anda yang boleh buat
interprestasi anda sendiri yang mungkin lebih tepat atau betul.
Itu adalah hak demokrasi anda.
Ada pihak-pihak
luar yang dikelirukan oleh petualang-petualang dari dalam yang
melihat keadaan Negara ini mengawal dan mendisiplinkan penduduknya
secara songsang. Saya baca banyak kenyataan-kenyataan yang dibuat
penulis-penulis atau penganalisa bahkan oleh orang-orang akademi
yang meletakkan Malaysia sebagai psudo democracy atau limited
democracy.
Adapun keperluan
bagi Negara untuk mengawal kebebasan adalah sesuatu yang berlaku
kerana keadaan yang wujud pada masa-masa yang demokrasi itu perlu
dihidupkan. Tuan-tuan sendiri sedia maklum bahawa undang-undang
atau peraturan hidup sesebuah masyarakat bergantung kepada social
order dan keperluan diwujudkan keadilan (social justice). Keadaan
masyarakat di mana keselamatan Negara apabila Negara mencapai
kemerdekaan perlu dilihat sebagai unsur-unsur yang amat besar
menguasai penubuhan sistem demokrasi di Malaysia pada waktu itu.
Sejak kemerdekaan
pada 31.8.1957, Malaysia sebagai sebuah Negara yang amat muda
memilih tidak terus mengamalkan konsep liberal democracy. Ia tidak
dapat dilakukan kerana sejak awal lagi Negara menghadapi ancaman
keselamatan yang amat serius daripada gerila komunis yang ditubuhkan
dan mengancam Negara dan rakyat yang lama sebelumnya. Perang gerila
oleh pihak komunis di Malaysia sejak selepas perang dunia kedua
secara aktif mendapat bantuan daripada pihak komunis China. Kita
semua sedia maklum hanya tahun 1970 Malaysia menerusi saluran-saluran
demokratik terhadap Republic Rakyat China daripada untuk memutuskan
hubungan dengan parti komunis Malaya dan ancaman komunis dapat
dihapuskan pada akhirnya. Mengikut agenda rejim tersebut kembali
semula ke pangkuan masyarakat dan perkara ini terkeluar daripada
kehidupan yang sempurna dan amat berjaya. Terhapusnya ancaman
komunis itu keadaan menjadi stabil dari segi keselamatan untuk
melipatgandakan usaha-usaha pembangunan.
Walau bagaimanapun
Malaysia tidak bersedia untuk merayakan ketiadaan ancaman militan
komunis dengan cara memberi rakyatnya kebebasan demokrasi sepenuhnya
untuk demokrasi struktur politik, agama dan keselamatan masyarakat
yang sentiasa terdedah kepada berbagai ancaman yang boleh menggugat
atau melemahkan sebarang tindakan untuk menjamin keselamatan dan
ketenteraman awam. Unsur-unsur perkauman khususnya terus menerus
menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman sehinggalah
kepada orang awam. Dalam keadaan yang tenang dan ketenteraman
yang makmur dan aman ini perpaduan kaum dan perpaduan kebangsaan
masih lagi menjadi isu-isu yang mahu ditangani. Untuk memburukkan
lagi keadaan unsur-unsur keselamatan dirasai secara global seperti
extremism dan terrorism adalah sesuatu yang sentiasa menghantui
berbagai keamanan dan Malaysia tidak terkecuali daripadanya. Malaysia
dan penduduknya yang mempunyai 55 peratus penduduk asal tidak
terkecuali daripada ancaman itu. Oleh itu Akta-Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dan sedition dan berbagai undang-undang lain
yang menyekat berbagai perbuatan yang boleh mengancam keselamatan
diwujudkan dan digunapakai dan dengan demikian sendirinya kelihatan
menyekat kebebasan penuh masyarakat yang dianggap sebagai suatu
yang penting di dalam keadaan demokrasi.
Bagi orang-orang
yang amat menghargai keamanan, keselamatan dan kemakmuran dasar
yang diamalkan oleh Negara dianggap sesuatu yang amat baik dan
disanjung tinggi. Ianya telah membina jalan bagi tercapainya cita-cita
rakyat untuk hidup dalam aman tenteram dan dalam keadaan harmonis.
Ianya adalah sebuah story of success bagi Negara muda ini. Namun
demikian mereka yang mempunyai obesity yang kuat tentang national
democratic berkaitan dengan human rights, total freedom tidak
kira apa consequencenya akan terus mengutuk dan mengecam dasar
Negara itu.
Sistem pilihan
raya adalah mekanisma yang menjadi teras kepada kehidupan demokrasi.
Kita semua faham bahawa pilihan raya demokrasi memberikan boleh
merubahkan asas untuk penubuhan kerajaan yang sah. Oleh hal yang
demikian mengadakan pilihan raya secara regular dan secara bebas
dan adil akan membuka ruang untuk mencapai objektif memberi mandat
yang sah kepada kerajaan yang wujud. Kerajaan-kerajaan yang menjalankan
pilihan raya dengan baik dan teratur setelah mendapat mandat akan
lebih memperkuatkan lagi pengesahannya.
Keputusan
rakyat mengekalkan sistem pilihan raya yang ada di Negara ini
adalah keputusan yang amat besar ertinya kepada kehidupan ataupun
warna demokrasi yang utama sama-sama diwujudkan. Kita harus sedar
rakyat bebas memilih tidak compromise on free choice (citizen
can remove the regime and change the system as the government
is not impervious to public choice). Kita dapat perhatikan dengan
nyata dan jelas tiap-tiap kali ada pilihan raya umum rakyat bangkit
memilih pihak yang sama. Bagi saya untuk pilihan raya ini bermakna
tidak ada demand for electoral reforms maksudnya bukan sahaja
tidak ada indikasi untuk menukar corak pilihan raya bahkan ianya
menunjukkan rakyat tidak memberi apa-apa signal bagi Negara melakukan
secara betul perubahan kepada sistem pilihan raya.
Apakah faktor-faktor yang mendorong proses demokrasi untuk berkembang
dengan subur. Secara amnya saya berikan faktor-faktor yang dianggap
penting iaitu:-
1. Perlembagaan Negara
Perlu wujud unsur-unsur yang menjadi pemangkin kuat untuk mendorong
perkembangan proses demokrasi secara subur dan baik. Ia termasuk
key institutions yang perlu dalam Negara demokratik seperti Parlimen,
Judiciary, kumpulan eksekutif, institusi-institusi pilihan raya
seperti SPR dan lain-lain. Walaupun tidak ada model yang boleh
dijadikan contoh tetapi dalam negara demokrasi umum akan boleh
memberikan penilaian secara positif sama ada sesebuah institusi
itu memastikan standard atau piawaian demokrasi misalnya bagi
Parlimen yang ujud di Malaysia. Ianya mempunyai sistem perwakilan
yang sempurna dan berfungsi dengan baik.
2. Pilihan
Raya yang bebas yang boleh mewujudkan kerajaan yang sah (legitimate)
dan dapat memerintah dengan stabil dan bertanggungjawab serta
membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat dan Negara.
Untuk mewujudkan
kerajaan yang stabil beberapa ciri utama yang dikenalpasti adalah
seperti berikut:
i) Pemilihan sistem pilihan raya dan proses pilihan raya yang
sesuai – sistem yang kuat dan mencerminkan kematangan politik
(political maturity) m.s. bebas memilih parti dan kawasan.
ii) Wujud institusi-institusi perwakilan (Representative Institutions)
yang ditadbir dan dikawal kehormatannya pada tahap yang tinggi
iii) Wujudnya ahli-ahli politik yang berkebolehan tinggi dan berwibawa
dan bertolerensi – Badan Eksekutif yang menghormati prinsip-prinsip
keadilan dan demokrasi
iv) Dasar-dasar yang luas, seimbang dan konsisten oleh parti politik
yang memerintah bagi menangani masalah menjaga kepentingan kaum,
etnik, agama, kenegerian dsb.
v) Judiciary dan judicial sistem yang bebas dan adil
vi) Jaminan undang-undang berkaitan dengan kebebasan individu
dan perlindungan undang-undang bagi semua rakyat/bukan rakyat
Izinkan saya
secara detail membicarakan pilihan raya demokratik di Malaysia
dari kaca mata saya sendiri sebagai seorang yang lama berhimpun
dalam bidang ini. Dengan latar belakang dan pengetahuan hal-hal
yang berkaitan dengan pilihan raya maka kalau saya mengkaji The
Malaysian brand of democratic election as against amore developed
structure apa rating yang boleh saya berikan yang samada above
average atau sebagainya dengan memberikan perkara-perkara yang
masih kurang atau masih tidak sempurna. Sebagai seorang pemain
atau player yang agak lama dan boleh dianggap keterampilan dalam
kehidupan demokratik di Malaysia saya boleh secara terus terang
memberikan nilaian yang sesuai bagi perjalanan pilihan raya di
Malaysia. Dari segi nilai demokratik (democratic value) kita boleh
berbangga dengan pencapaian tahap tertentu bagi penjalanan pilihan
raya yang bebas dan adil di Malaysia. Sistem mudah atau “simple
first past-the-post system” yang digunapakai masih boleh
dianggap relevan bagi menentukan legitimacy dalam pemilihan rakyat
Malaysia yang layak mengundi mendapat kebebasan sepenuhnya untuk
membuat pemilihan. Pemilihan yang dibuat adalah pemilihan bebas
atau free choice.
Jika dilihat dari sudut popular vote mungkin ada terdapat unsure-unsur
ketidak adilan yang melibatkan faktor penting seperti proportionality,
popular participation atau fair representation – contoh
mengikut carta-carta.
Namun demikian kelemahan itu dianggap tidak penting jika dilihat
dari sudut kepentingan Negara untuk mengujudkan kerajaan yang
stabil dan bukannya kerajaan-kerajaan campuran yang biasanya mempunyai
dinding kekuatan yang rapuh dan dilanda ombak perpecahan. Mengikut
sistem pemilihan yang ada Malaysia telah menubuhkan kerajaan yang
stabil bagi 10 penggal dan sekarang berada dalam penggal kesebelas.
Hasil daripada
sistem mudah bagi pilihan raya, Negara dapat melihat pelbagai
kebebasan lain seperti:-
1. perwujudan multiparty system yang menjamin percaturan politik
yang bebas dan dinamik
2. jika dikaji secara mendalam sistem pilihan raya yang diamalkan
di Negara ini telah secara jelas mempengaruhi perkembangan politik
dan parti politik di Malaysia ini. Dalam Negara yang mempunyai
struktur masyarakat dan budaya seperti Malaysia kemenangan dalam
pilihan raya yang boleh dicapai melalui sistem first-past-the-post
ini ialah suatu formula yang mampu berdaya saing dengan pencabar-pencabar
yang seharusnya juga boleh menguasai struktur masyarakat dan budaya
rakyat Malaysia.
3. mengikut pengalaman yang kita semua lalui/hayati parti politik
yang ujud dalam sistem multi parti di Malaysia harus secara bijak
merangka formula untuk menang secara menyeluruh di peringkat nasional
bukan hanya setakat local atau racial atau religious. Maksudnya
benteng perkauman, kenegerian atau keagamaan harus dipecahkan
menerusi formula perkongsian pintar yang kemas dan teratur. Parti-parti
politik yang aktif di Malaysia (melebihi 30 buah) harus menjana
kekuatan melalui gabungan tenaga, jika ada cita-cita untuk memerintah/menubuh
kerajaan. Lain halnya jika nak jadi pembangkang sahaja. BN adalah
formula gabungan yang amat tepat dengan keadaan Negara dan masyarakat
berbilang kaum, budaya dan agama di Malaysia. Berkongsi kuasa
untuk kemakmuran dan kesejahteraan hidup semua pihak adalah sesuatu
yang diperlukan oleh Negara. Ianya amat bertepatan dengan sistem
pilihan raya yang diamalkan. Tidak salah jika saya membuat konklusi
bahawa dalam sistem mudah ini parti politik tidak perlu memenangi
political points (not to score/political points for but to win
seats). Kita mungkin memenangi political pls, ceramah, rapat umum,
popular, orang bertepok bersorak, tapi tidak dapat cukup undi
untuk memenangi kerusi. In Malaysia winning seats is more important
the winning political points.
Kematangan
percaturan politik BN dan kebolehan pemimpin-pemimpin tugasnya
untuk menyatukan masyarakat menerusi dasar-dasar yang adil dan
strategi kempen yang sesuai dengan sistem pilihan raya di Negara
ini adalah punca kemenangan besar parti berkenaan.
Masyarakat
umum telah menggunakan sepenuhnya kebebasan untuk memilih pada
pilihan raya Mac 2004 untuk membawa regim yang sama, iaitu BN
untuk lebih berkuasa.
Tidak berlaku
sebarang penipuan dalam sebarang proses penjalanan pilihan raya
yang dijalankan oleh SPR. Kesemua proses pilihan raya adalah telus
dan adil. Mahkamah-mahkamah pilihan raya yang telah bersidang
sehingga penghujung tahun lepas tidak mendapati sebarang salah
laku atau perlanggaran undang-undang oleh SPR. Namun demikian
saya perlu akui bahawa terdapat kelemahan dalam pengurusan pilihanraya
(electoral management) di sana sini. Umum mengetahui bahawa kelemahan–kelemahan
itu tidak sama sekali menjejaskan prinsip-prinsip bebas, adil
dan telus dalam sistem pilihan raya demokratik di Negara ini.
Faktor “The Level Playing Field” dalam pilihan raya
di Malaysia memerlukan suatu bentuk penentuan khususnya mengenai
neraca atau ukuran-ukuran yang sesuai bagi menilai sama ada gelanggang
yang tersedia itu sesuai untuk di gunapakai oleh semua pihak yang
mengambil bahagian. Mampukah The Level Playing Field harus dilihat
dari 2 sudut yang penting.
1. kerangka
undang-undang pilihan raya yang ada
2. undang-undang lain yang wujud yang boleh bertindak mengekang
unsur-unsur kebebasan dalam piliha raya
3. perlaksanaan peraturan-peraturan dalam proses pilihan raya
yang boleh ditafsirkan sebagai kurang adil kepada pihak/golongan
tertentu.
Dari segi
undang-undang pilihan raya terdapat beberapa kelemahan harus ditangani
oleh Negara secara beransu-ansur.
i. tidak ada peruntukan khusus atau penyalahgunaan atau resources/apparatus
ii. tiada undang-undang SPR mengawal media/media coverage
iii. tiada undang-undang untuk regulate party finance and resources
iv. tiada undang-undang khusus untuk membeli undi
Dari segi undang-undang lain, beberapa undang-undang wujud bagi
mengawal keamanan dan ketenteraman awam, pergeseran kaum, kumpulan
etnik dan agama. Sejarah menunjukkan undang-undang itu perlu wujud
dan kewujudannya telah membawa kebaikan dan rahmat kepada Negara
dan rakyatnya.
Namun demikian undang-undang tertentu kelihatan membawa kesan
negatif terhadap prinsip “bebas” dan “adil”
dalam pilihan raya. Non electoral law itu juga memain peranan
semasa pilihan raya dan jika digunakan tanpa had akan menyekat
‘basic human rights’ and ‘freedom of individual’
khususnya dalam urusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti parti
yang seharusnya bebas daripada sebarang bentuk gangguan atau harrasment
dalam musim pilihan raya. Undang-undang yang dimaksudkan ialah:-
i. Akta Polis – Permit untuk berkempen, political gathering,
etc
ii. Akta Rahsia Rasmi (OSA)
iii. Akta Hasutan (Seditious Act)
iv. Printing Presses & Publication Act
v. Communication & Multimedia Act
vi. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Undang-undang
ini amat powerful – tidak menjadi subsidiary kepada mana-mana
undang-undang atau kuasa yang membolehkan penyalahgunaan oleh
mana-mana pihak atau digunakan secara sewenang-wenang atau secara
mudah untuk menghapuskan sebarang perbuatan yang dikatakan “prejudicial
to the interest of the nation, peace and public order”.
Simple argument – that these laws are necessary to safeguard
the public and the country’s interest.
Dalam menggunakan
ISA mithalnya masyarakat Malaysia diminta supaya sedar akan kebaikannya
…. “we cannot seek to do justice to one by perpertrating
injustice to others”.
Sentimen
menentang undang-undang biasanya dianggap sebagai “misguided
sentiments”. Undang-undang itu baik dari segi menghapuskan
sebarang bentuk kekacauan dan ancaman terhadap ketenteraman awam.
Masalah kepada
SPR ialah bahawa ada kalanya ia secara nyata bertentangan dengan
konsep pilihan raya bebas dan adil kerana kebebasan tersekat dan
keadilan tergugat dalam banyak segi.
Election
di Malaysia adalah free, fair and transparent dalam konteks atau
kerangka undang-undang yang wujud pada ketika ini. Kebaikan undang-undang
tersebut adalah urusan berikut
i. nomination and polling
ii. counting of votes
iii. dete results
Peranan Judiciary
i. sebelum dan semasa tiada
ii. selepas – dalam urusan election petition sahaja (Perlembagaan
Persekutuan)
Ruang untuk
perubahan
Banyak ruang untuk perubahan perlu peranan lebih aktif dari masyarakat
yang prihatin, parti pembangkang, civil society, Ahli Akademik,
NGO-NGO dsb.
Struktural defects dalam sistem perlu dilihat dari sudut keperluan
memperbaiki berlandaskan social order dan keperluan sistem keadilan
yang lebih menyeluruh Setelah 48 tahun merdeka dan negara mengalami
pembangunan pesat apabila ingin mengkaji secara mendalam dan menyeluruh.
Prinsip-prinsip demokrasi yang dipakai secara terhad atau terkawal,
khususnya yang menyentuh demokrasi dalam pilihan raya. Beberapa
perkara boleh dikaji kerana bagi pihak tertentu kekurangan yang
wujud adalah tergolong dalam kategori structural (structural effects).
a) kempen pilihan raya (maybe over regulate)
b) keperluan kawalan ketat melalui undang-undang bersabit dengan
salahguna jentera/alat kelengkapan Awam
c) keperluan mengawal kegunaan kewangan parti tanpa had dalam
pilihan raya
d) keperluan mengawal salah guna wang untuk memancing undi
e) penggunaan secara sewenang-wenangnya atau secara tidak terhad,
pelbagai undang-undang jenayah untuk mengawal aktiviti politik
dan parti dalam musim pilihan raya.
Ceramahsabah 31.1.05