P.U. (A)
165.
AKTA PILIHAN RAYA 1958
PERATURAN-PERATURAN
PILIHAN RAYA (PENGUNDIAN POS)
(PINDAAN) 2006
PADA menjalankan
kuasa yang diberikan oleh seksyen 16 Akta Pilihan Raya
1958 [Akta 19], Suruhanjaya
Pilihan Raya, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Nama
1. Peraturan-peraturan ini bolehlah
dinamakan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian
Pos) (Pindaan) 2006.
Pindaan peraturan 3
2. Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 [P.U.
(A) 185/2003], yang disebut "Peraturan-Peraturan ibu" dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam
peraturan 3
(a)
dengan memotong
perenggan (1)(d);
(b) dalam subperaturan (2), dengan memotong perkataan "(d),"; dan
(c) dalam
subperaturan (3), dengan memotong perkataan "melalui mana
mana Pegawai Pilihan
Raya Negeri sesuatu Negeri",
Pindaan peraturan 7
3. Subperaturan 7(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan
memotong perkataan "dan nombor itu
hendaklah ditandakan
pada kaunterfoil kertas undi".
Dibuat 3 Mei 2006
[SPR(S)509/1; PN(PU2)178c/LX]
Dengan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya
DATUK HAJI
KAMARUZAMAN BIN HAJI MOHD NOOR
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya
[Akan dibentangkan di dalam Dewan
Rakyat menurut seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958]