P.U. (A) 164.

 

AKTA PILIHAN RAYA 1958

 

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA

 (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) 2006

 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19], Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan-peraturan yang berikut:

 

Nama

 

  1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2006.

 

 

Pindaan peraturan 5

 

  1. Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 -[P.U. (A) 386/1981], yang  disebut "Peraturan-Peraturan ibu" dalam Peraturan­Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 5­

 

(a)   dalam subperaturan (1)­

(i) dengan memotong perkataan "yang sah diperlakukan" di mana­

                                mana jua terdapat dalam subperaturan itu; dan

 

                        (ii) dengan memasukkan selepas perkataan "Dewan Undangan

                            Negeri" perkataan "dalam bentuk tunai, draf bank atau apa-apa

                            bentuk lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya";

 

(b)   dalam subperaturan (2)­

  (i) dengan menggantikan perkataan "wang yang sah diperlakukan itu" dengan    perkataan "deposit yang dibayar di bawah subperaturan (1)"; dan

 

  (ii)  dengan menggantikan perkataan "wang" yang terdapat selepas    perkataan "yang semasa dan" dengan perkataan "deposit"; dan

 

 

(c). dengan memasukkan selepas subperaturan (7) subperaturan yang berikut:

 

        "(7A) Deposit yang tidak terlucut hak di bawah subperaturan (7) hendaklah dituntut oleh calon atau seorang bagi pihaknya dalam tempoh satu tahun dari tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta.

(7B) Apa-apa deposit yang tidak dituntut dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (7A) hendaklah terlucut hak.".

 

 

 

 

 

 

 

Pindaan peraturan 11

 

3. Peraturan 11 Peraturan-Peraturan ibu dipinda­

 

(a)   dalam subperaturan (5), dengan menggantikan perkataan "menyebabkan disiarkan dalam Warta dan juga mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, suatu notis" dengan perkataan "memberikan, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, suatu notis kepada orang  awam"; dan

(b)    dengan memasukkan selepas subperaturan (5) subperaturan yang berikut:

                                                "(SA) Notis yang disebut dalam subperaturan (5) hendaklah

disiarkan dalam Warta dengan secepat yang dapat dilaksanakan."

 

 

 

Pindaan peraturan 15

 

4. Peraturan 15 Peraturan-Peraturan ibu dipinda­

 

(a)   dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan "pemberitahuan dalam Warta," dengan perkataan "notis mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,"; dan

(b)   dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

 

"(2A) Notis yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah disiarkan dalam Warta dengan secepat yang dapat dilaksanakan.".

 

 

Pindaan peraturan 19

 

5. Subperaturan 19(3) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "Nombor pengundi itu hendaklah dituliskan pada kaunterfoil kertas undi itu dan kertas" dengan perkataan "Kertas undi".

 

 

 

Pindaan peraturan 25

 

6. Peraturan 25 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan subperaturan (13) dengan subperaturan yang berikut:

 

   "(13) Jika perbezaan antara bilangan undi yang dibuang bagi calon yang terbanyak dengan bilangan undi kedua terbanyak ialah empat peratus atau kurang daripada jumlah bilangan undi yang dibuang, maka atas permintaan mana-mana satu calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya suatu pengiraan semula hendaklah dibuat sekali sahaja sebelum ketua tempat mengundi menjalankan urusan yang dinyatakan dalam subperaturan (12):

 

Dengan syarat bahawa pengiraan semula itu tidak boleh mengambil kira kertas undi ditolak dan kertas undi rosak.

 

(14) Ketua tempat mengundi boleh menurut budi bicaranya memerintahkan suatu pengiraan semula bagi memuaskan hatinya tentang betulnya keputusan pengundian itu.".

 

 

Pindaan peraturan 25B

 

7. Subperaturan 25B(4) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong perkataan "baru".

 

 

 

Pindaan peraturan 25D

 

8. Peraturan 25D Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong subperaturan (5B).

 

 

 

Pindaan peraturan 25E

 

9. Peraturan 25E Peraturan-Peraturan ibu dipinda­

 

(a)   dalam perenggan (1)( d), dengan menggantikan perkataan "selama tempoh enam bulan dari tarikh pengundian dan selepas itu hendaklah menyebabkannya" dengan perkataan "sehingga tamat tempoh yang ditetapkan untuk mengemukakan petisyen pilihan raya di bawah subseksyen 38(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan selepas itu hendaklah menyebabkan supaya kandungan peti atau peti-peti khas itu";

(b)   dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan "selama tempoh enam bulan dari tarikh pengundian" dengan perkataan "sehingga tamat tempoh yang ditetapkan untuk mengemukakan petisyen pilihan raya di bawah subseksyen 38(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954"; dan

(c)    dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

 

"(3) Walau apa pun perenggan (1)(d) dan subperaturan (2), tiada­

 (a) kandungan peti atau peti-peti khas itu; dan

 (b) bungkusan, penyata dan sampul,

 

boleh dimusnahkan jika suatu petisyen pilihan raya telah dikemukakan terhadap keputusan pilihan raya yang melibatkan peti atau peti-peti kpas itu dan kandungan peti atau peti-peti khas itu atau bungkusan, penyata dan sampul itu.

               

(4) Peti atau peti-peti khas dan kandungan peti atau peti-peti khas itu dan bungkusan, penyata dan sampul itu hendaklah disimpan dalam jagaan selamat pegawai pengurus atau Pegawai Pilihan Raya Negeri, mengikut mana-mana yang, berkenaan, sehingga selesai perbicaraan petisyen pilihan raya itu.".

 

 

 

 

 

 

 

Dibuat 3 Mei 2006

[SPR(S)509/l; PN(PU2) 178c/LX]

 

                Dengan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya

 

DATUK HAJI KAMARUZAMAN BIN HAJI MOHD NOOR

Setiausaha

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

 

[Akan dibentangkan di dalam Dewan Rakyat menurut seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958]