PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA
(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
PILIHAN RAYA
YANG TIDAK DIPERTANDINGKAN
10. Jika pada hari penamaan
dalam mana-mana bahagian pilihan raya, selepas diputuskan oleh
pegawai pengurus apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat, hanya
seorang calon sahaja sah dinamakan bagi bahagian pilihan raya
itu, pegawai pengurus hendaklah dengan serta-merta mengisytiharkan
calon yang dinamakan itu sebagai dipilih, dan hendaklah dengan
serta-merta memulangkan writ yang dikeluarkan kepadanya di bawah
subperaturan 3 (1), setelah diisi dengan sempurna, kepada Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya melalui Pegawai Pilihan Raya Negeri.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menyebabkan nama
ahli yang dipilih sedemikian disiarkan dalam Warta.