versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih

Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment
Portal eKL

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
Perutusan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
TAN SRI DATO' SERI
HJ. AB. RASHID BIN AB. RAHMAN
 
 
 


Selamat datang ke Laman Web SPR.

Laman Web ini diadakan bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menghubungi pelanggan-pelanggan utamanya, iaitu para pemilih, parti-parti politik dan orang ramai. Ia mengandungi maklumat-maklumat asas mengenai sistem kerajaan di negara ini, organisasi, bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya, undang-undang pilihan raya dan garis-garis panduan mengenai proses pilihan raya, termasuk tatacara pendaftaran pemilih dan daftar pemilih.

Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini amat berguna kepada bakal-bakal calon, para pelajar dan orang ramai untuk memahami sistem demokrasi berparlimen dan pilihan raya di Malaysia. Maklumat-maklumat tambahan boleh diperoleh dari pusat sumber SPR yang turut ditempatkan di dalamnya, iaitu perpustakaan, muzium mini dan sebuah model tempat mengundi. Selain itu, melalui Laman Web SPR, seseorang pemilih dengan mudah boleh membuat semakan nama mereka di dalam daftar pemilih.

Bagi membolehkan Ibu Pejabat SPR menunaikan tanggungjawab dengan lebih berkesan, ia kini mempunyai hubungan internet dengan Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri. Ibu Pejabat SPR juga mempunyai hubungan internet dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Pusat Rekod Kementerian Pertahanan dan juga Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, bagi memudahkan pendaftaran pemilih dan pengemaskinian daftar pemilih. Di samping itu SPR mempunyai talian "hot links" dengan beberapa organisasi, di dalam dan di luar negara.

Saya berharap Laman Web ini tidak sahaja berguna kepada calon-calon, agen-agen calon dan pekerja-pekerja parti, tetapi juga merupakan sumber maklumat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui bagaimana pilihan raya yang demokratik dijalankan di Malaysia.

Dengan ikhlas,


TAN SRI DATO' SERI HJ. AB. RASHID BIN AB. RAHMAN
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Januari 2005