APA
YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ? |
Pendaftaran Pemilih sebagaimana
yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara
Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping
itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar
alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan
untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah
disahkan.
|
| KENAPA
ANDA PERLU MENDAFTAR ? |
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta
menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.
|
| SIAPA
YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ? |
Warganegara Malaysia;
Sudah mencapai umur 21 tahun;
Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia;
dan
Tidak hilang kelayakan.
|
| BAGAIMANA
UNTUK MENDAFTAR ? |
Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
Bawa bersama Kad Pengenalan
anda;
Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum
anda menandatangani borang; dan
Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran
anda.
|
| DI MANA
BOLEH MENDAFTAR ? |
|
|
|
| TEMPOH
URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH |
Anda boleh mendaftar pada waktu pejabat di sepanjang tahun.
|
| MAKLUMAT
PENTING SEMASA MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG A)
|
1)
Nama pemohon mestilah diisi seperti yang tercatat di dalam
Kad Pengenalan. Sila gunakan HURUF BESAR.
2)
Sila berikan maklumat lengkap mengenai Kad Pengenalan
anda:
2.1)
Nombor K/P baru anda (12 angka)
2.2)
Nombor K/P lama anda (8 angka)
3)
Jika pemohon tidak mempunyai nombor K/P lama, sila isi
"TIADA" di dalam ruang yang disediakan.
4)
Alamat pemohon mestilah di tempat penginapan di mana dia
boleh dihubungi dengan surat (sila nyatakan nombor poskod).
5)
Sila nyatakan dalam borang sama ada pendaftaran baru atau
pendaftaran tukar alamat.
6)
Sila pastikan anda menerima satu salinan borang pendaftaran
sebagai bukti anda sudah mendaftar.
|
| BAGAIMANA
HENDAK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN ANDA ? |
Seseorang
pemilih berdaftar boleh menyemak status pendaftaran melalui
cara-cara berikut:
1)
telefon Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pejabat
Pilihan Raya Negeri dan berikan nama dan nombor K/P anda;
2) melalui internet di www.spr.gov.my;
Melalui
semakan itu, pemilih akan memperoleh maklumat-maklumat berikut:
Nama: nombor K/P (baru dan lama; jika ada);
Bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi
dan lokaliti.
|
| SEMAKAN
DAFTAR PEMILIH SECARA 'ON-LINE'
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi kami di :
|
| http://www.spr.gov.my
atau
Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5 Blok C7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
Tel : 03-88856500
|
MENDAFTARLAH SEKARANG DAN GUNAKAN HAK ANDA
SEBAGAI WARGANEGARA
UNDI ANDA ADALAH RAHSIA
|
| |