Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR AKAN GUNA SENARAI DAFTAR PEMILIH 2001

KANGAR 22 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan senarai daftar pemilih 2001 bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Indera Kayangan yang bakal diadakan.

Pegawai Pilihan Raya Kedah/Perlis, Mohamad Yusoff berkata, daftar pemilih itu akan diwartakan secara rasmi pada 27 Disember ini. Katanya, senarai daftar pemilih baru yang akan dikeluarkan berdasarkan kepada pendaftaran pemilih yang dibuka awal Mei lalu.

"Mereka yang berdaftar sebagai pemilih di kawasan Indera Kayangan pada Mei lalu layak mengundi pada pilihan raya kecil itu nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Indera Kayangan akan diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangannya, Datuk Khor Liang Tee, 59, pada Rabu lalu.

Mempunyai

Pada pilihan raya umum 1999, Indera Kayangan mempunyai 7,977 pengundi berdaftar dengan 46.4 peratus melayu, Cina (47.9 peratus), India (5.3 peratus) dan 0.4 peratus kaum lain. Perangkaan pada tahun 2000 pula menunjukkan kawasan itu mempunyai 7,943 pengundi dengan kaum Melayu sebanyak 47.7 peratus, Cina (47.2 peratus), India (4.8 peratus) dan bakinya kaum lain.

Mohammad berkata, SPR akan melantik 85 pekerja pilihan raya termasuk seorang pegawai pengurus pilihan raya bagi pilihan raya kecil kawasan Indera Kayangan. Mengenai tarikh penamaan calon dan mengundi pula, Mohammad berkata, ibupejabat SPR di Kuala Lumpur akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat ini bagi menentukan tarikh yang sesuai bagi penamaan calon dan hari pengundian.