Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Semakan Daftar Online

Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 
Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
RASHID : SPR FRANCAISKAN URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH

KUALA LUMPUR 16 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memfrancaiskan urusan pendaftaran pemilih, kemungkinan antaranya kepada Pos Malaysia yang mempunyai lebih 600 pejabat cawangan di seluruh negara mulai tahun depan.

Usaha berkenaan yang merupakan sebahagian daripada tindakan SPR bagi membolehkan urusan pendaftaran dijalankan sepanjang tahun. la akan dilaksanakan selewat-lewatnya April tahun depan.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman berkata: "Kita akan memberi (kuasa pendaftaran) kepada agensi-agensi yang ada rangkaian di seluruh negara.

"Mereka (orang ramai) yang pergi ke sana (agensi-agensi berkenaan untuk urusan harian) boleh mendaftar sebagai pemilih jika layak (mencapai usia 21 tahun).

"Semua agensi yang ada rangkaian, kita akan memberi pertimbangan," kata beliau kepada Mingguan dalam temubual khas di sini hari ini.

Selain Pos Malaysia, kini antara agensi kerajaan yang mempunyai rangkaian di seluruh negara ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen.

Kata beliau, ia merupakan salah satu usaha SPR membuka urusan pendaftaran dan permohonan tukar alamat pemilih sepanjang tahun berbanding sekali dalam setahun sekarang. Urusan tahun ini diadakan selama 30 hari mulai 3 Mei lalu.

"Urusan pendaftaran yang diadakan setahun sekali merupakan terakhir tahun ini. Mulai tahun depan ia akan diadakan sepanjang tahun. Saya bercadang apa juga perubahan urusan pendaftaran dilaksanakan mulai April tahun depan," katanya.

Menurut beliau, kira-kira 60 peratus daripada 21.5 juta penduduk negara ini layak untuk menjadi pemilih. Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 45 peratus ataupun 9.7 juta orang memiliki kelayakan sebagai pengundi setakat ini.

Mengenai wawasan beliau ke arah itu, Rashid berkata, SPR mempunyai kapasiti untuk melakukan perubahan dalam urusan pendaftaran pemilih.

"Sudah ada saluran era IT, teknologi komunikasi kita sangat canggih.

"Sebab itu ada cadangan hendak ubah cara... kita pun sedia dengan undang-undang, cara mendaftar orang," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui ia juga kemungkinan melibatkan masalah sebab ia membabitkan proses permohonan.

"Selagi ia melibatkan permohonan, selagi itu kita akan menghadapi masalah, kelewatan memproses dan sebagainya.

"Dan memakan masa yang banyak, banyak orang yang akan terlibat dalam proses pendaftaran," katanya. Proses penyediaan daftar pemilih pada kebiasaannya memakan masa lima hingga enam bulan.

Langkah memfrancaiskan itu diambil memandangkan SPR yang kini hanya mempunyai kira-kira 400 kakitangan tidak mampu melakukan urusan berkenaan sepanjang tahun secara persendirian.

Langkah

"SPR tidak ada agensi kita sendiri.Perlu menggunakan langkah memfrancaiskan kepada pertubuhan-pertubuhan yang ada rangkaian mereka. Kita tidak ada rangkaian," katanya.

Rashid juga berkata, pihaknya sedang mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan sebarang masalah timbul kelak.

"Kita kata kita kena cari cara yang paling baik. Saya tiada jalan lain setelah mengetahui bahawa kita boleh menggunakan sistem talian terus (online) ini, menggunakan pangkalan, data JPN, untuk mendaftar orang secara automatic.

"Tetapi akan ada pula orang yang mengatakan ini menjejaskan hak asasi mereka sama ada hendak jadi pemilih atau tidak. Mungkin juga (ada kebenaran) kalau dilihat dari segi itu.

"(Bagaimanapun)... saya tidak akan bersetuju kalau kita hendak buat, pendapat saya, membuat pengundian wajib sebab kita tidak boleh melaksanakan paksaan untuk mengundi," katanya.

Mengenai kempen berunsur fitnah dan tohmahan, katanya, beliau juga sedang mengkaji untuk menjadikan etika pilihan raya sebagai undang-undang bagi mengelakkan unsur-unsur sensitif keagamaan dan perkauman ketika berkempen.