Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
PENAMAAN CALON : SPR GESA KAWAL PENYOKONG

KUCHING 15 Sept. - Bakal calon yang akan mengemukakan borang pencalonan pada 18 September ini diingatkan supaya mengawal penyokong masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh menggugat keamanan ketika pilihan raya negeri akan datang.

Pegawai Pilihan Raya Negeri Wan Alwi Datuk Wan Hashim berkata, emosi penyokong boleh berubah dengan tiba-tiba pada hari penamaan calon dan menjadi tanggungjawab bakal calon dan parti untuk memastikan penyokong mereka sentiasa tenang.

"Saya harap kita dapat menjalankan hak demokrasi untuk berkempen, bertanding dan mengundi dalam suasana tenang dan aman damai seperti pilihan raya yang lepas-lepas," katanya kepada Bernama di sini.

Hari pengundian ialah 27 September dan sejumlah 62 kerusi menjadi rebutan.

Wan Alwi juga berkata, penyokong yang menghantar calon masing-masing hendaklah sentiasa patuh dengan undang-undang pilihan raya dan mengikut arahan polis dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari penamaan calon.

"SPR berharap semua orang dapat bertenang," katanya.

Beliau berkata sesiapa yang menghantar borang pencalonan masing-masing wajar datang ke pusat-pusat penamaan calon lebih awal.

"Walaupun waktu penamaan calon adalah antara jam 9 dengan 11 pagi, tetapi jika datang lebih awal...ini dapat melicinkan lagi urusan penamaan calon dan memudahkan calon jika timbul sebarang masalah," katanya.

Katanya, bakal calon juga hendaklah memastikan mereka mengisi segala borang penamaan calon dengan betul, menyediakan segala dokumen yang diperlukan dan wang deposit sebanyak RM3,000.

"Bagi yang bertanding menggunakan simbol parti, mereka mesti membawa surat kuasa daripada presiden parti masing-masing untuk bertanding menggunakan simbol yang ditetapkan ... jika tidak mereka diletakkan sebagai calon bebas,"katanya.

Seperti pilihan raya lepas beliau menjangka tidak ramai yang akan dibatalkan pencalonan pada hari penamaan calon kerana borang penamaan calon sudah dipermudahkan.

Wan Alwi juga berkata, setakat hari ini sebanyak lapan orang sudah membayar wang deposit sebanyak RM3,000 masing-masing di pejabat SPR negeri untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri pada 27 September depan.

Katanya, sebanyak 231 orang sudah mengambil sebanyak 661 set borang penamaan calon untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, walaupun hari ini dan esok adalah hari cuti, pejabat SPR di Kuching dan pejabat pengurus pilihan raya di semua kawasan tetap dibuka bagi memudahkan orang ramai membereskan urusan berkaitan pilihan raya itu. - Bernama