Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
1.8 JUTA BELUM DAFTAR


KUALA LUMPUR:Seramai 1.8 juta orang yang layak mendaftar sebagai pemilih masih belum berbuat demikian, menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini mengambil langkah mendekati mereka.

Seramai 10.25 juta pemilih disahkan SPR sehingga 30 September tahun lalu. Daripada jumlah itu, 96,613 adalah permohonan baru.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Saleki Amat Januri, berkata SPR menyediakan banyak tempat bagi membolehkan orang ramai mendaftar atau membuat penyemakan dan pertukaran alamat.

" Kita tidak terhad di sini saja, bahkan orang ramai mendaftar di pejabat pos dan pendaftaran negeri, yang mana dalam sistem kita pendaftaran dibuka sepanjang tahun," katanya.

Beliau ditemui pada Hari Pelanggan SPR Wilayah Persekutuan di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, semalam.

Seramai 17 kakitangan mengendalikan kaunter menyemak, mendaftar dan menukar alamat. Seramai 200 pendaftar pertama menerima cenderamata.

Ini julung kali SPR Wilayah Persekutuan mengadakan Hari Pelanggan diluar waktu pejabatnya.

Di Wilayah Persekutuan, SPR menerima 670,000 pendaftaran baru sehingga 30 September tahun lalu.- Bernama