versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Semakan Daftar

Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 
Bahagian Pilihan Raya

Bahagian Pilihan Raya

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Malaysian Civil Service
  Link (MCSL)

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Carian Portal SPR
 

Kata Aluan
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

TUAN HAJI KAMARUZAMAN BIN HA
JI MOHD. NOOR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tiga fungsi utama SPR di bawah Perlembagaan adalah untuk menjalankan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya; menyediakan daftar pemilih yang kemas kini; dan mengendalikan urusan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Semua tugas dan tanggungjawab tersebut adalah melibatkan kepentingan pelanggan-pelanggan utama SPR iaitu Kerajaan, parti-parti politik dan rakyat selaku pemilih dan pengundi umumnya. Dalam usaha mewujudkan hubungan SPR dengan para pelanggan yang berterusan bagi menjamin kesefahaman dan melicinkan lagi pelaksanaan tiga fungsi utama tersebut, Laman Web SPR yang disediakan ini merupakan satu saluran penyampaian maklumat dan penerimaan maklum balas yang cepat dan berkesan.

Laman Web ini merupakan satu cara bagi SPR berinteraksi dengan pelanggannya selain dari cara-cara lain, dalam usaha membantu mereka memahami secara lebih cepat dan berkesan perkara-perkara berhubung dengan urusan pilihan raya dan aktiviti lain yang dijalankan oleh SPR. Orang ramai boleh melayari Laman Web SPR untuk mendapat maklumat dan jawapan yang betul dalam apa jua isu yang dibangkitkan. Ia juga merupakan saluran untuk menyemak rekod pendaftaran pemilih.

Selaras dengan pelaksanaan Kerajaan Elektronik dalam sistem pentadbiran negara, SPR terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ICT-nya bagi memudahkan orang ramai berurusan dalam hal-hal yang berkaitan. Oleh yang demikian SPR sentiasa mengalu-alukan maklum balas dan pandangan yang membina ke arah memantapkan lagi pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Selamat melayari Laman Web SPR.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT DENGAN CEKAP DAN TELUS



Tuan Haji Kamaruzaman bin Haji Mohd. Noor

Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Januari 2005