KUALA LUMPUR
: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 10 peratus peruntukan
yang diperolehinya daripada kerajaan bagi melaksanakan aktiviti
teknologi komunikasi maklumat (ICT) khusus menjelang pilihan raya.
Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata,
SPR perlu menyediakan lebih banyak komputer dalam pilihan raya
ini bagi membantu melancarkan perjalanan pilihan raya. "Pada
tahun depan, SPR akan menggunakan kaedah Sistem Maklumat Geografi
elektronik (EGIS) untuk persediaan menghad persempadanan di Sarawak
selepas Semenanjung dan Sabah. Kami juga menggunakan Sistem Pengurusan
Maklumat Pilihan Raya (EMIS) bagi memudahkan keputusan pilihan
raya diumumkan untuk dimasukkan ke laman web," katanya selepas
majlis menandatangani memorandum persehaman (MoU) antara Berita
Information System Sdn Bhd (BIS) dengan SPR, di Balai Berita,
dekat sini semalam.
Perjanjian
berkenaan diadakan untuk membekal, menghantar, memasang, menguji,
mentauliah dan menyelenggara server, komputer mikro, komputer
bimbit, pencetak dan perisian kompute dalam tempoh jaminan dengan
nilai kontrak RM1,145,596.00.