PUTRAJAYA : Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) akan mengedarkan buku Kod Etika Pilihan Raya
kepada parti politik bagi memastikan semua pihak memahami peraturan
ditetapkan.
Setiausaha
SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata kod berkenaan sedang dicetak
dan akan diedarkan dalam tempoh terdekat. "Kos etika berkenaan
juga akan diberikan kepada calon yang bertanding pada hari penamaan
calon," katanya. Wan Ahmad berkata, pihak berkuasa seperti
polis dan penguat kuasa kempen pilihan raya juga akan mendapat
buku terbabit. Kod itu antara lain mengandungi etika perhubungan
parti politik dengan SPR, tata kelakuan semua pihak, aktiviti
hari penamaan calon, etika sepanjang tempoh berkempen membabitkan
bahan kempen, syarahan dan ceramah, kaedah penggunaan media awam,
etika hari pengundian dan penubuhan pasukan penguat kuasa kempen
pilihan raya.