Ini kerana, katanya berdasarkan amalan demokrasi
di negara ini, media sewajarnya membuat liputan baik kepada pembangkang
dan bukan hanya menyiarkan kelemahan mereka sahaja. Beliau berkata
demikian pada majlis pertemuan SPR dengan ketua-ketua media di
sebuah hotel tekemukan baru-baru ini.
Beliau yang memberikan ucapan hampir setengah
jam itu menjelaskan mengenai peranan SPR disamping memberi peluang
kepada pihak media mengemukakan pelabagai persoalan. Lebih 30
ketua-ketua daripada 27 media hadir di majlis tersebut. Turut
serta Setiausaha SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar yang mempengerusikan
majlis, ahli dan pegawai kanan SPR.
Ketika sesi dialog, Rashid menjelaskan, terdapat
sekurang-kurangnya tiga perkara yang perlu dipertimbangkan oleh
penggubal undang-undnag negara ini berhubung pilihan raya termasuk
kebebasab media. Beliau berkata, perkarta yang tidak ada dalam
undang-undang negara ini ialah undang-undang mengawal perbelanjaan
pilihan raya, kebebasan media dan penyalahgunaan kuasa.
"Sekarang ini, perkara ini tidak ada dalam
undang-undang kita walaupun ia telah ada di negara-negara maju
khasnya," kata Rashid. Dalam konteks media, Rashid berkata,
di negara maju, media swasta khasnya diberi kebebasan menyiarkan
iklan dari mana-mana parti politik dengan syarat mereka membayatr
ruang tersebut sebagaimana pihak lain. Media kerajaan pula, katanya,
memberiakn ruang yang sama kepada parti pembangkang untuk melakukan
kempen atau membuat janji pilihan raya mereka.
"Kita tidak ada lagi undang-undang yang memperuntukan
perkara sebegini," katanya. Di sesetengah negara juga, katanya,
undang-undang mengawal perbelanjaan pilihan raya oleh parti-parti
yangbertanding. "Tetapi kita hanya ada formaliti sahaja tanpa
kuasa penguatkuasaan," tegasnya. Begitu juga, katanya, penyalahgunaan
kuasa semasa kempen pilihan raya. "Kita tiada kuasa. Yang
tidak berpuashati hanya boleh pergi ke mahkamah biasa sahaja,"
katanya. Ketika membentangkan kertasnya, Rashid berkata, para
penyelidik yang meneliti undang-undang pilihan raya di Malaysia
mengenalpasti beberapa perkara yang perlu dikaji semula.