Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment
Portal eKL

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
FAQ
 
PENDAFTARAN PEMILIH
 1
Q: Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi?
A:
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya.
2
Q: Mengapa anda perlu mendaftar ?
A:
Anda perlu mendaftar sebagai pengundi untuk menjamin hak anda mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara.
3
Q: Apakah kaedah pendaftaran dan bagaimanakah cara untuk
mendaftar ?
A:
i) Pendaftaran Tetap seperti di kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

ii) Pendaftaran Bergerak seperti Unit Bergerak SPR, Penolong Pendaftar (Parti Politik) atau Penolong Pendaftar di Pejabat-Pejabat Kerajaan. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
4
Q: Di manakah pusat-pusat pendaftaran?
A: i) Ibu Pejabat SPR Putrajaya
ii) Pejabat Pilihan Raya Negeri
iii) Pejabat Pos Berkomputer
iv) Tempat-tempat tumpuan umum seperti pasar malam,
taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Unit Bergerak
SPR.
v) Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
vi) Pusat-pusat membeli belah atau pasaraya
5
Q: Bilakah tempoh urusan pendaftaran pengundi dijalankan?
A:
Bil
Tempat
Masa
1
Ibu Pejabat SPR Putrajaya
WAKTU PEJABAT
2
Pejabat Pilihan Raya Negeri
3
Pejabat Pos Berkomputer Terpilih
4
Pejabat Daerah/Majlis Daerah
5
Unit Pendaftaran Bergerak SPR
WAKTU YANG SESUAI
6
Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR.
6
Q: Adakah boleh nama pemilih yang panjang dimuatkan
sebagaimana yang dikehendaki ?
A: Nama pemilih adalah mengikut sepertimana yang terdapat pada kad pengenalan tertakluk kepada maksimum 60 aksara (huruf).
7
Q: Bolehkah mendaftar di pejabat pos dengan menggunakan
resit JPN KPPK 9 atau resit JPN KPPK11 ?
A: Boleh dengan syarat resit JPN KPPK 11 hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala resit JPN KPPK9 tidak perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
8
Q: Adakah boleh pasangan anggota tentera memilih untuk
mendaftar sebagai pemilih awam / biasa ?
A: Pasangan kepada anggota tentera diberi pilihan untuk memilih sebagai pengundi biasa mengikut (Peraturan-Peraturan Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih) 2002.
9
Q: Adakah pendaftaran menggunakan kad pengenalan 8 digit masih boleh digunakan?
A:
Peraturan-peraturan yang ada membenarkan penggunaan Kad Pengenalan lapan (8) digit untuk mendaftar sebagai pemilih.
10
Q: Bolehkah pendaftaran pemilih menggunakan sijil lahir?
A:
Tidak Boleh.
11
Q:
Bolehkah seseorang itu mendaftar bagi pihak orang lain
(warisnya)?
A:
Tidak Boleh. Mengikut peraturan yang ada (Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih) 2002 seseorang perlu hadir
sendiri untuk mendaftar sebagai pemilih.
   
PENDAFTARAN : PERTUKARAN ALAMAT DAN MAKLUMAT ....DALAM DAFTAR PEMILIH
1
Q: Bagaimana menukar alamat di dalam daftar pemilih SPR
daripada alamat asal kepada alamat baru seperti di dalam Kad Pengenalan ?
A:
Mereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR kecuali Penolong Pendaftar dari Parti Politik.
2
Q: Dimanakah saya boleh membuat semakan status pendaftaran?
A: i) Di Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, Malaysia
ii) Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
iii) Laman web SPR - www.spr.gov.my
iv) Unit pendaftaran bergerak
3
Q:
Apakah prosedur yang harus diikuti sekiranya pemilih ingin membuat pindaan maklumat seperti agama dan bangsa?
A:
Pindaan maklumat-maklumat mengenai pindaan agama dan
bangsa boleh dibuat terus dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri dengan mengemukakan kad pengenalan dan bukti-bukti lain yang
berkaitan.
4
Q:
Berapa lamakah tempoh yang diperlukan oleh SPR untuk
membuat pembetulan maklumat seperti agama, bangsa dan
Kad Pengenalan ?
A:
i) Pembetulan yang kecil seperti maklumat-maklumat agama dan bangsa diambil tindakan sebaik sahaja permohonan dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri yang seterusnya akan dikemukakan ke Ibu Pejabat untuk tindakan lanjut.

ii) Pembetulan nama dan maklumat lain mengikut yang tertera di dalam Kad Pengenalan dibuat oleh Ketua Pendaftar di Ibu Pejabat dalam tempoh dua (2) minggu.

iii) Untuk mengatasi masalah ini, adalah dinasihatkan supaya
pemilih menyemak nama mereka dan kalau ada keperluan, mereka boleh membuat permohonan untuk pembetulan mengikut maklumat di dalam kad pengenalan.

5
Q:
Terdapat pasangan suami/isteri yang mengundi di tempat
yang berlainan, mengapa hal ini berlaku ?
A: Mereka mendaftar menggunakan alamat yang berbeza.
Kemugkinan juga berpunca dari kesilapan semasa urusan
kemasukan data oleh kakitangan SPR disebabkan kerana terdapat
nama-nama tempat yang serupa di negara ini.
6
Q: Wujudnya nombor kad pengenalan yang sepatutnya lelaki
tetapi digunakan oleh perempuan ?
A: Mungkin berlaku kesilapan semasa pendataan oleh JPN atau
sewaktu kemasukan data semasa urusan pendaftaran pemilih.
7
Q: Kenapa wujud perbezaan nombor kad pengenalan dalam
daftar pemilih dengan kad pengenalan asal ?
A:
Perbezaan kemungkinan wujud disebabkan masalah pendataan kurang tepat mengikut sistem lama. Di bawah sistem yang diamalkan sekarang tidak wujud lagi perbezaan kerana SPR menghubungi terus secara “online” dengan Jabatan Pendaftaran Negara semasa membuat pendataan.
8
Q:
Adakah boleh kita menukar nama seseorang yang memeluk agama Islam kepada nama Islamnya sedangkan dalam
pangkalan data masih nama asal ?
A:
Tidak Boleh. Beliau perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam itu digunakan di dalam Daftar Pemilih.
9
Q: Telah membuat pertukaran alamat tetapi masih kekal di tempat
mengundi asal ?
A:
Kerana alamat permohonan tidak sama dengan alamat dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang telah dibuat
sebelum 16 Julai 2002. Walau bagaimanapun, sekiranya pemilih
berkenaan berhasrat untuk kekal mengundi di tempat asal mereka
mendaftar, mereka tidak perlu memohon perpindahan tempat mengundi.
Sebaliknya, sekiranya pemohon bercadang untuk berpindah tempat
mengundi daripada tempat asal dahulu, mereka hendaklah terlebih
dahulu memohon pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di pejabat
Pendaftaran Negara, selepas itu bolehlah mereka memohon untuk
berpindah tempat mengundi di alamat terbaru mereka seperti di dalam
Kad Pengenalan. Permohonan ini boleh di buat di mana-mana Pejabat
Pos, Pejabat Pilihan Raya Negeri dan Ibu Pejabat Pilihan Raya di
Putrajaya. Oleh itu pemohon hendaklah memastikan butiran pada borang
berkenaan adalah tepat sebelum meninggalkan kaunter pendaftaran.
   
PEMOTONGAN/PEMBERSIHAN
1
Q:
Kenapa pemilih yang telah meninggal dunia tetapi namanya masih ada dalam daftar pemilih?
A:
Kerana SPR tidak menerima laporan dan pengesahan kematian pemilih dari Jabatan Pendaftaran Negara atau mungkin nama pemilih yang telah meninggal dunia itu masih dalam proses untuk pemotongan.
2
Q:
Bolehkah SPR membuat pemotongan nama mereka yang telah meninggal dunia mengikut rekod JPN?
A: Boleh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya berpuashati dengan bukti-
bukti yang dikemukakan serta dengan perakuan Ketua Pendaftar.
3
Q: Apakah yang dilakukan sekiranya seseorang meninggal dunia
ataupun hilang kelayakan sebagai pemilih ?
A:
Waris hendaklah membuat laporan di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri dengan membawa bersama sijil kematian dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
   
PENGUNDI HANTU
1
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan pengundi hantu?
A:
Istilah “pengundi hantu” jika hendak digunakan hanya boleh
ditafsirkan sebagai pengundi yang telah meninggal dunia tetapi namanya masih terdapat dalan Daftar Pemilih. Ini termasuk pengundi yang menyamar dengan menggunakan Kad Pengenalan palsu atas nama pengundi yang telah meninggal dunia yang nama masih belum dipotong oleh SPR.
   
PENJALANAN PILIHAN RAYA
1
Q: Apakah yang melayakkan untuk seseorang keluar mengundi?
A: Seseorang warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih SPR dan namanya terdapat dalam Daftar Pemilih.
2
Q:
Berapakah jumlah deposit pilihan raya untuk bertanding dalam
Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan DUN ?
A:
Jumlah deposit adalah RM 23,000 yang terdiri daripada berikut:
• RM 10,000 untuk deposit calon Parlimen
• RM 5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen
• RM 5,000 untuk deposit calon DUN
• RM 3,000 untuk deposit bahan kempen DUN

3
Q:
Jika terdapat seseorang calon yang ingin bertanding di
kawasan DUN dan Parlimen, perlukah dia membayar kedua-dua deposit calon untuk DUN dan Parlimen ?
A: Ya, calon perlu membayar deposit calon bagi DUN sebanyak RM 5,000 dan deposit calon bagi Parlimen sebanyak RM 10,000.
4
Q: Di mana calon patut membayar deposit dan berapa jumlah bayaran?
A:
Kedua-dua deposit iaitu deposit pilihan raya dan deposit bahan kempen boleh dibayar di Pusat Penamaan Calon atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Pilihan Raya berkenaan. Jumlah deposit berkenaan adalah seperti berikut :


i) Deposit Pilihan Raya :- Parlimen : RM 10,000
DUN : RM 5,000
ii) Deposit Bahan Kempen :- Parlimen : RM 5,000
DUN : RM 3,000

5
Q: Bagaimanakah seseorang pemilih boleh mengetahui tempat mengundi yang betul untuknya?
A:
Pemilih boleh menyemak dari laman web SPR di alamat
www.spr.gov.my, menghubungi Ibu pejabat SPR , Pejabat Pilihan Raya Negeri atau SMS pada waktu yang dikhususkan.
6
Q: Kenapakah terdapat sesetengah pusat mengundi mempunyai
beberapa saluran ?
A:
Pusat mengundi mempunyai beberapa saluran mengundi
kerana menampung jumlah pengundi berdaftar yang ramai di
kawasan tersebut dan bagi melicinkan proses pengundian.
Lazimnya setiap satu saluran diperuntukkan tidak lebih daripada 700 pengundi.
7
Q: Bilakah bermulanya waktu membuang undi?
A:
Secara keseluruhan masa untuk mengundi bagi kebanyakan tempat mengundi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman terdapat beberapa tempat mengundi yang dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut waktu yang diumumkan oleh SPR.
8
Q: Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang undi?
A:
Dokumen yang diperlukan ialah sama ada Kad Pengenalan My Kad, KPT dan Kad Pengenalan Plastik Biru. Selain itu pemilih juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh digunakan sebagai bukti pengenalan diri ialah :

• Pasport Malaysia Terhad
• Pasport Malaysia
• Lesen Memandu yang bergambar
• Kad kuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar pemegangnya
.
9
Q: Pemilih telah mengetahui nombor saluran tetapi kenapa perlu
menyemak semula di barung SPR ?
A:
Pemilih tidak perlu menyemak di barung sekiranya telah memperoleh nombor saluran. Beliau hendaklah terus ke saluran yang berkenaan.
10
Q: Di manakah pusat penamaan calon dan pukul berapa
penamaan calon dibuka ?
A:
Pusat penamaan calon biasanya di pejabat-pejabat daerah, majlis perbandaran / daerah, dewan orang ramai dan sekolah-sekolah atau tempat-tempat yang difikirkan sesuai oleh SPR.

Penyerahan kertas penamaan calon dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Manakala, dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah tempoh pameran dan bantahan.

11
Q: Bilakah boleh dituntut deposit pilihan raya?
A:
(i) Bagi deposit calon pilihan raya boleh dituntut selepas Pilihan Raya diisytiharkan dengan syarat calon memperolehi lebih daripada 1/8 dari jumlah undi yang diterima daripada calon-calon yang bertanding.
(ii) Bagi deposit bahan kempen, selepas semua bahan kempen dibersihkan oleh calon-calon yang bertanding dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
12
Q:
Adakah SPR menyediakan saluran khas di tempat mengundi untuk warga tua, orang cacat dan wanita mengandung?
A:
SPR menyediakan saluran khas untuk warga emas iaitu saluran I. Manakala bagi wanita yang mengandung dan pengundi cacat, Ketua Tempat Mengudi diberi kuasa untuk memberi keutamaan kepada mereka untuk membuang undi.
13
Q:
Seseorang ingin bertanding untuk DUN dan Parlimen di mana tempat penamaan calon adalah 2 tempat yang berbeza dan berjauhan. Bagaimana cara mengatasainya?
A:
Kertas penamaan calon boleh diserahkan kepada Pegawai Pengurus di Pusat Penamaan Calon mulai 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Kertas penamaan calon berkenaan boleh di serahkan oleh calon, pencadang dan penyokongnya atau mana-mana dua atau seorang daripada mereka.
14
Q: Orang ingin mengundi tetapi namanya telah di tanda sebagai telahpun keluar mengundi?
A: Beliau tidak boleh mengundi.
15
Q: Adakah seseorang boleh menggunakan kad pengenalan orang lain untuk mengundi?
A: Tidak dibenarkan.
16
Q: Kenapa elaun petugas lambat diterima?
A:
Pejabat Pilihan Raya Negeri perlu memproses bayaran mengikut prosedur Kewangan Kerajaan. Kelewatan boleh berlaku bila terdapat kesilapan No. Akaun, No. Kad Pengenalan atau Nama Petugas.
17
Q: Sekiranya seseorang tidak dibenarkan membuang undi, di
manakah beliau sepatutnya membuat laporan ?
A: Laporan boleh di buat di Balai Polis berdekatan.
18
Q: Bolehkah orang mengundi bagi pihak orang lain?
A:
Tidak boleh, walau bagaimanapun dalam kes tertentu seperti orang buta warisnya boleh membantu untuk mengundi dengan syarat warisnya perlu mengisi Borang 10 terlebih dahulu.
19
Q: Kenapa penggunaan pen tidak dibenarkan untuk menandakan
kertas undi ?
A: Penggunaan pen dibenarkan tetapi bagi memudahkan pengundi maka disediakan pensil di tempat mengundi.
20
Q:
Jika seseorang pengundi telah menandakan kertas undi
sehingga di luar petak undi, adakah kertas undi tersebut diterima ?
A: Kertas undi tersebut boleh diterima selagi niat pemilih untuk memilih calon pilihannya adalah jelas ditanda didalam petak yang dikhaskan..
21
Q:
Bolehkan orang yang mendaftar di Sabah dan Sarawak tetapi beliau bermastautin di Semenanjung memohon mengundi
secara pos ?
A:
Tidak boleh kecuali mereka yang tertakluk di bawah peraturan 3(1)(a)-(f), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Pengundian Pos ) 2003.
   
PERSEMPADANAN
1
Q: Berapa kerapkah tempoh persempadanan semula
Bahagian Pilihan Raya dijalankan ?
A:
Mengikut Perlembagaan Malaysia Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.
2
Q: Siapakah yang dibenarkan untuk membuat representasi?
A:
Mengikut Jadual 13 dalam Perlembagaan, pihak yang layak membuat representasi ialah:

i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Pemilih yang berdaftar

3
Q: Dalam keadaan mana siasatan tempatan perlu diadakan
bagi bantahan urusan persempadanan ?
A:
Mengikut Seksyen 7: Jadual ke-13 Perlembagaan siasatan tempatan perlu diadakan apabila bantahan diterima daripada:

i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Tidak kurang daripada 100 orang pemilih yang berdaftar dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan.
4
Q: Apakah kriteria yang digunakan semasa urusan
persempadanan diadakan ?
A:
Kriteria yang telah ditetapkan mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual 13 Perlembagaan ialah:

i- Pemilih hendaklah lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi masalah perhubungan.
ii- Sempadan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya tidak melangkau sempadan negeri.
iii- Terdapat kemudahan pentadbiran
iv- Pertimbangan khas untuk mengekalkan hubungan tempatan.

5
Q: Apakah yang membentuk sesuatu Bahagian Pilihan Raya?
A:
Sesuatu Bahagian Pilihan Raya akan terbentuk hasil daripada gabungan beberapa Daerah Mengundi dan dalam setiap Daerah Mengundi tersebut mengandungi beberapa lokaliti.
6
Q: Apakah yang dimaksudkan Daerah Mengundi?
A:
Daerah Mengundi ialah satu kawasan yang mempunyai sempadannya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya dan di dalamnya mengandungi beberapa lokaliti.
7
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan lokaliti?
A: Lokaliti ialah unit yang terkecil yang terdapat di dalam Daerah Mengundi dan ia mempunyai sejumlah pemilih.
8
Q:
Berapakah jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri
dan Parlimen seluruh Malaysia yang berkuatkuasa sekarang?
A:
Jumlah Bahagian-Bahagian Parlimen ialah 222 dan
Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri ialah 576
9
Q: Apakah pilihan lain yang membolehkan urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya dilakukan di Malaysia?
A:
Selain daripada lat tempoh 8 tahun, urusan persempadanan boleh juga dilakukan jika wujud keadaan berikut:

i- Apabila berlakunya tambahan kerusi dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut sepertimana yang diluluskan di Parlimen mengikut Perkara 113(2A)
ii- Apabila berlakunya perubahan sempadan sesebuah negeri, misalnya kewujudan Wilayah Persekutuan.

10
Q: Bilakah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang baru boleh
digunakan dalam Pilihan Raya?
A:
Mengikut Seksyen 12 Bahagian 2 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, Bahagian-Bahagian Pilihan Raya baru hanya sah untuk dipertandingkan selepas Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
11
Q: Mestikah dalam satu urusan persempadanan jumlah dilalui
Bahagian Pilihan Raya perlu ditambah?
A:
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tiada sebarang peruntukan yang mewajibkan SPR membuat penambahan jumlah Bahagi Pilihan Raya apabila urusan persempadanan dilaksanakan.
12
Q: Adakah urusan persempadanan yang dijalankan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya hanya menguntungkan parti Kerajaan
?
  A:
Urusan persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dijalankan oleh SPR tidak bertujuan menguntungkan mana-mana pihak baik parti pemerintah ataupun parti-parti pembangkang. Mana-mana yang bertanding mempunyai peluang yang sama untuk memenangi pilihan raya seperti yang terbukti di Kelantan dan Terengganu selepas urusan persempadanan tahun 1994. Urusan persempadanan Bahagi Pilihan Raya dijalankan mengikut syarat-syarat dan prinsip-prinsip yang tersebut di dalam Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh SPR secara adil kepada semua pihak..