Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih

Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment
Portal eKL

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
 
DAFTAR PEMILIH DAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

PENDAHULUAN


Daftar pemilih ialah daftar yang mengandungi senarai pemilih berdaftar. Ia disediakan di bawah Peraturan-Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002. Daftar pemilih merupakan satu dokumen penting yang digunakan semasa pilihan raya kerana orang yang nama mereka tersenarai di dalam daftar pemilih sahaja yang dibenarkan mengundi. Di samping itu, daftar pemilih akan menjadi dokumen asas dalam urusan semakan daftar pemilih pada tahun berikutnya.


CIRI-CIRI DAFTAR PEMILIH


Daftar pemilih yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengandungi kod-kod berikut:

i. kod Parlimen
ii. kod Negeri
iii. kod daerah mengundi
iv. kod lokaliti

Sebagai contoh, bagi bahagian pilihan raya Parlimen Pekan, bahagian pilihan raya Negeri Kuala Pahang, daerah mengundi Serantau dan lokaliti Kg. Bentam, kod yang digunakan ialah 080/18/01/001. Peta-peta yang menunjukkan kod-kod ada tersimpan di Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Daftar pemilih terdiri daripada Daftar Pemilih Induk dan Daftar Pemilih Tambahan.

Daftar Pemilih Induk :

Mengandungi nama-nama pemilih yang berdaftar yang telah disahkan. Daftar Pemilih Induk disahkan pada awal tahun setiap tahun.

Daftar Pemilih Tambahan :

Mengandungi nama-nama pemohon yang baru layak dan mereka yang memohon menukar kawasan pendaftarannya. Daftar Pemilih Tambahan disahkan pada setiap tiga bulan. Selain itu, Daftar Pemilih Induk mengandungi nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia atau yang sudah hilang kelayakan. Nama-nama ini, sebaik sahaja diperakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan / atau mahkamah, akan dikeluarkan dari Daftar Pemilih Induk.

Berdasarkan kepada perkara di atas, daftar pemilih adalah daftar yang mengandungi nama-nama dalam Daftar Pemilih Induk dan Daftar Pemilih Tambahan sahaja. Pada awal tahun Daftar Pemilih Induk dan Daftar Pemilih Tambahan digabungkan dan disahkan sebagai Daftar Pemilih Induk yang baru untuk tahun ini. Maklumat utama dalam daftar pemilih terdiri daripada nombor siri, nombor kad pengenalan (baru atau lama), nama, jantina dan alamat pemilih-pemilih.


PENYEDIAAN DAFTAR PEMILIH


Pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Daftar Pemilih Tambahan disediakan setiap 3 bulan. Daftar yang sudah disemak dipamerkan selama 7 hari bagi urusan tuntutan dan bantahan, sebelum daftar berkenaan disahkan oleh Suruhanjaya.


PENGESAHAN DAFTAR PEMILIH


Daftar pemilih disahkan di bawah Peraturan 22 dan pengesahan itu diwartakan di bawah peraturan yang sama. Sebaik sahaja disahkan, daftar pemilih boleh digunakan untuk pilihan raya di samping digunakan bagi urusan semakan.


PENJUALAN DAFTAR PEMILIH


Seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 28, daftar pemilih boleh dijual kepada orang ramai. Ia boleh dibeli dalam bentuk buku atau cakera padat dari Bahagian Operasi, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri.