Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
AKTA PILIHAN RAYA 1958
PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENGUNDIAN POS) 2003

BAHAGIAN IV

PEMBUKAAN PETI UNDI PENGUNDI POS

14. (1) Setiap peti undi pengundi pos hendaklah dibuka oleh pegawai pengurus dengan kehadiran ejen.

(2) Asalkan pegawai pengurus memastikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu peti undi pengundi pos bagi penerimaan sampul B hingga pukul lima petang pada hari mengundi, dia boleh membuka peti undi pengundi pos yang lain itu sebelum itu.

(3) Pegawai pengurus hendaklah memberi setiap calon atau ejennya sekurang-kurangnya dua puluh empat jam notis bertulis tentang masa dan tempat bagi pembukaan setiap peti undi pengundi pos dan sampul yang terkandung dalamnya.

Pembukaan sampul iringan

15. (1) Apabila peti undi pengundi pos dibuka, pegawai pengurus hendaklah mengira dan mencatatkan bilangan sampul B, dan hendaklah kemudiannya membuka setiap sampul B secara berasingan.

(2) Sampul B hendaklah ditandakan "ditolak" -

(a) jika sampul itu tidak mengandungi kedua-dua Borang 2 dan sampul A; atau

(b) jika sampul itu tidak mengandungi kedua-dua Borang 2 dan kertas undi.
(3) Jika sampul B mengandungi hanya sampul A, pegawai pengurus hendaklah membuka sampul A untuk menentukan sama ada Borang 2 ada di dalam sampul itu dan jika didapati sampul itu tidak mengandungi Borang 2, maka sampul B itu hendaklah ditandakan "ditolak".

(4) Suatu sampul B yang ditandakan "ditolak" beserta dengan kandungannya, jika ada, hendaklah dimasukkan ke dalam suatu bekas yang berasingan.

(5) Semasa membuka sampul B, selain sampul yang disebut dalam subperaturan (3), pegawai pengurus hendaklah mula-mula sekali memuaskan hatinya bahawa Borang 2 telah ditandatangani dan disahkan dengan sewajarnya, dan jika dia tidak berpuas hati, dia hendaklah menandakan pada Borang 2 "perisytiharan ditolak", mengepilkan pada Borang 2 sampul A atau, jika tiada sampul sedemikian, kertas undi, dan memasukkannya ke dalam bekas bagi undi yang ditolak.

(6) Sebelum memasukkan Borang 2 ke dalam bekas bagi undi yang ditolak, pegawai pengurus hendaklah menunjukkan Borang 2 kepada ejen dan, jika apa-apa bantahan dibuat oleh mana-mana ejen terhadap keputusannya, pegawai pengurus itu hendaklah menambahkan perkataan "penolakan dibantah" pada Borang 2 itu.

(7) Jika nombor pada Borang 2, yang telah ditandatangani dan disahkan dengan sewajarnya, sama dengan nombor pada sampul A, maka pegawai pengurus hendaklah memasukkan Borang 2 ke dalam bekas yang berasingan dan sampul A ke dalam bekas yang lain.

(8) Jika sampul A tiada atau sampul A telah dibuka di bawah subperaturan (3), maka pegawai pengurus hendaklah -
(a) jika nombor pada Borang 2, yang ditandatangani dan disahkan dengan sewajarnya, sama dengan nombor pada kertas undi, memasukkan perisytiharan itu ke dalam bekas bagi perisytiharan identiti dan kertas undi itu ke dalam peti undi yang sebelum itu telah ditunjukkan sebagai terbuka dan kosong kepada ejen-ejen yang hadir dan dikunci oleh pegawai pengurus dan ejen-ejen yang berhasrat untuk menandatangani perekat keselamatan itu;

(b) jika nombor pada Borang 2 tidak sama dengan nombor pada kertas undi, menandakan pada Borang 2 "undi ditolak", mengepilkan kepadanya kertas undi dan memasukkannya ke dalam bekas bagi undi ditolak.
(9) Jika nombor pada Borang 2, yang ditandatangani dan disahkan dengan sewajarnya, tidak sama dengan nombor pada sampul surat atau sampul surat A itu tiada nombor padanya, maka pegawai pengurus boleh membuka sampul itu dan hendaklah -
(a) jika nombor pada Borang 2 sama dengan nombor pada kertas undi, memasukkan Borang 2 ke dalam bekas bagi Borang 2 dan kertas undi ke dalam peti undi yang disebut dalam perenggan (8)(a); dan

(b) jika nombor pada Borang 2 tidak sama dengan nombor pada kertas undi atau kertas undi tiada, menandakan pada Borang 2 "undi ditolak", mengepilkan kepadanya kertas undi, jika ada, dan meletakkannya ke dalam bekas bagi undi ditolak.
(10) Kecuali bagi maksud menentukan di bawah subperaturan (3), sama ada sampul A mengandungi Borang 2 atau di bawah subperaturan (9), sama ada nombor pada Borang 2 sama dengan nombor pada kertas undi, pegawai pengurus tidak boleh membuka sampul A sebelum sampul itu kena dibuka di bawah peraturan 17.

Pengelakan undi yang dan Borang 2

16. Setelah selesai prosiding di bawah peraturan 15, pegawai pengurus hendaklah memasukkan kandungan dalam bekas bagi undi yang ditolak dan kandungan dalam bekas bagi Borang 2 ke dalam dua bungkusan yang berasingan dan hendaklah melekatkan perekat keselamatan pada bungkusan-bungkusan itu.

Pembukaan sampul A

17. (1) Selepas perekat keselamatan dilekatkan pada bungkusan-bungkusan yang disebut dalam peraturan 16, pegawai pengurus hendaklah membuka secara berasingan setiap sampul A yang dimasukkan ke dalam bekas bagi sampul A.

(2) Jika sampul A tidak mengandungi suatu kertas undi, pegawai pengurus hendaklah menandakan pada sampul itu "kosong".

(3) Jika nombor pada sampul A sama dengan nombor pada kertas undi yang terkandung dalam sampul itu, maka pegawai pengurus hendaklah memasukkan kertas undi itu ke dalam peti undi yang disebut dalam perenggan 15(8)(a) dan hendaklah mengetepikan sampul itu bagi pemusnahan segera.

(4) Jika nombor sampul A tidak sama dengan nombor pada kertas undi yang terkandung dalam sampul itu, maka pegawai pengurus hendaklah menandakan pada kertas undi itu "ditolak" dan mengepilkan sampul A kepadanya.

(5) Pegawai pengurus hendaklah meletakkan ke dalam bungkusan-bungkusan yang berasingan sampul-sampul yang ditandakan "kosong" dan kertas-kertas undi yang ditandakan "ditolak" dan hendaklah melekatkan perekat keselamatan pada bungkusan-bungkusan itu.