Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
TIADA PILIHAN RAYA DISEMBER
Jika masih mahu diadakan, SPR sudah bersedia setahun lalu

PUTRAJAYA : Pilihan raya umum ke-11 tidak diadakan Disember ini, sebaliknya antara Mac hingga Jun 2004.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata walaupun ada spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan seawal bulan depan, SPR tidak beranggapan begitu kerana faktor bukan politik seperti cuaca perlu diambil kira. Jika berlaku banjir, katanya banyak masalah akan timbul di pusat mengundi, proses penghantaran kertas undi dan penggunaan helikopter, malah pengundi juga enggan keluar mengundi. "SPR tidak menghadapi masalah jika pilihan raya masih mahu diadakan pada bila-bila masa kerana persediaan rapi sudah dimulakan sejak setahun lalu. "Bagaimanapun mood atau keghairahan pengundi juga perlu diambil kira kerana ketika musim perayaan, keutamaan orang ramai adalah berbeza, manakala pada akhir tahun, ramai yang ercuti atau melancong," katanya kepada Berita Minggu di sini, semalam.

Wan Ahmad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berhak sepenuhnya emmbuat keputusan membubarkan Parlimen pada waktu yang dianggap sesuai dengan mengenepikan faktor bukan politik. Beliau berkata, mengadakan pilihan raya seawal Disember ini sebenarnya tidak memberi kelebihan kepada mana-mana parti kerana situasi sekarang semua pihak bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. Tempoh penggal Parlimen hanya berakhir pada 12 April 2004, tetapi jika pilihan raya umum hendak diadakan serentak dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, ia mesti diadakan selewat-lewatnya Jun tahun depan. Tempoh penggal DUN Sabah berakhir pada 12 April dan pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN. "Tahap persediaan SPR kini mencapai 90 peratus, manakala baki 10 peratus adalah dari segi aspek latihan pekerja pilihan raya serta aspek logistik yang boleh diperoleh dalam tempoh singkat," katanya. Sebagai contoh, katanya, peti undi dan kain rentang yang tidak cukup boleh disediakan dalam tempoh dua minggu.

Beliau berkata, kira-kira 140,000 pekerja pilihan raya telah dikenal pasti dan dengan kerjasama Pejabat Peguam Negara dan Percetakan Nasional Bhd, proses untuk mewartakan nama mereka hanya mengambil masa seminggu. Katanya, latihan pekerja pilihan raya sengaja dilewatkan sedikit untuk mengelakkan masalah kerana mereka yang telah dikenalpasti mungkin berpindah tempat kerja pada akhir tahun. Selain itu, katanya, pekerja akan lupa jika latihan dibuat awal sedangkan pilihan raya tidak juga diadakan seperti diramalkan. Wan Ahmad berkata, latihan boleh diadakan dengan cepat, iaitu semingguu selepas surat pekeliling diedarkan dan tempoh latihan hanya seminggu yang diadakan serentak di seluruh negara. Daripada kira-kira 140,000 pekerja pilihan raya, katanya 19,500 orang adalah ketua tempat mengundi, 74,000 kerani pengundian pos, 20,000 kerani penyemak daftar pemilih, 219 pegawai pengurus, 900 penolong pegawai pengurus, 700 anggota Pasukan Penguat Kuasa - Kempen Pilihan Raya (PP-KPR), 950 pembantu pilihan raya, 7,000 pekerja am dan 8,500 pembantu arah pusat pengundian.

"Pembantu arah pusat pengundian adalah pertama kali diperkenalkan berikutan peraturan baru yang melarang petugas parti politik menghampiri kawasan tempat mengundi pada jarak 50 meter. "Mereka yang memakai pakaian seragam akan mengambil alih fungsi petugas parti politik membantu pengundi dalam pilihan raya sebelum ini" katanya. Pembaharuan lain dalam pilihan raya akan datang, katanya, ialah petak mengundi yang dibuat daripada besi akan digantukan dengan petak kertas yang boleh dikitar semula. Katanya, petak kertas yang lebih praktikal digunakan secara meluas di negara maju seperti Australia. Sementara itu, katanya, taklimat kepada anggota PP-KPR yang meliputi pegawai SPR, pegawai kanan polis dan pegawai pihak berkuasa tempatan akan diadakan awal tahun depan. Katanya, setiap Parlimen akan mempunyai tiga anggota PP-KPR, manakala wakil parti yang bertanding akan dilantik apabila pilihan raya hendak diadakan. Dari segi kos, katanya peruntukan untuk pilihan raya akan datang adalah sebnayak RM115 juta berbanding RM90 juta dalam pilihan raya lalu dan sebahagian besar adalah untuk membayar elaun pekerja pilihan raya. Beliau berkata, kos lain termasuk penggunaan kira-kira 30 helikopter untuk mengangkut peti undi di kawasan pedalaman negara ini.