PUTRAJAYA
- Mahkamah
Persekutuan di sini, semalam menangguhkan penghakiman mengenai
rayuan calon Pas, Datuk Ismail Kamus berhubung keputusan kerusi
Dewan Undangan Negeri Gombak Seri pada Pilihan Raya Umum Ke-11
lalu.
Panel tiga
hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Steve Shim
menangguhkan keputusan itu selepas penguam kedua-dua pihak menamatkan
hujah masing-masing.
Ismail, yang
memfail petisyen pilihan raya pada 27 April tahun lalu di Mahkamah
Pilihan Raya mencabar kesahihan pilihan raya itu, menamakan pegawai
penyelia pilihan raya Zainal Abidin Azim, Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) dan calon Barisan Nasional, Yuszahari Mohamed Yusof,
sebagai responden.
Peguam Mohamed
Ariff Yusoff bertindak bagi pihak Ismail, Penguam Kanan Persekutuan
Umi Kalthum Abdul Majid bagi Zainal Abidin dan SPR sementara peguam
Muhammad Shafee Abdullah bertindak bagi pihak Yuszahari.
Rayuan itu
timbul berikutan penolakan dengan kos petisyen pilihan raya Ismail
oleh Hakim Datuk Mohamed Raus Sharif pada 6 September tahun lalu.
Pada pilihan
raya itu, Yuszahari mengalahkan Ismail dengan majoriti 2,728 undi.